Assalamualaikum. Holla ~
Bebaru ni Mr.H ajak pi McD. Sebenarnya ayat dia nak memujuk. Ikutkan hati, memanglah MZ tak mau. Tapi kesian pulak dekat Mr.H, hari tu pun dia ada ajak MZ, tapi MZ menolaj jugak. Kali ni, MZ ikutkan jugaklah hasrat hati Mr.H.
Katanya, teringin nak mencuba burger Mega Mac tu... harganya dengan set, RM15.10, tapi memandangkan MZ menggunakan aplikasi McD, burger Mega Mac sahaja tanpa air dan kentang, cuma berharga RM10.95. MZ pulak, amek triple cheese burger (menternak lemak kuasa kuda) jugak berharga RM8.95. (pun tiada kentang dan air)
Sudahnya kami mengambil 2 ais latte berharga RM8.95 dan MZ nakkan coffee sundae dan salted caramel dengan harga RM5.++. Urghhh ! Tak ingat pulak harga yang tepat... tapi lebih kurang cam tu lah harganya...


