Assalamualaikum. Holla ~
Entri Ramadhan buffet lagi. Yeah ! Bulan Ramadhan bakal tiba dalam masa beberapa hari saja lagi. Tak sabar rasanya kan ? Apa yang hampa dah siapkan menjelangnya Ramadhan ni ? Jangan cakap la pasal baju raya, kuih raya etc. Maksud MZ, diri hampa sendiri tu. Pacak target dah ka ?
Okeylah ! Kali ni jom kita ke The Wembley (A St Giles Hotel) Penang. Ini bukan kali pertama MZ bercerita pasal The Wembley ni tau. Dah beberapa kali jugak MZ kongsikan keistimewaan The Wembley ni.
Tahun ni, sajian berbuka puasa The Wembley bertemakan Sajian Tradisi dan bertempat di Wembley Café. Tahun ini, sajian berbuka puasa di The Wembley agak menarik kerana ia hanya akan disajikan pada hari Isnin sehingga Rabu pada 13th May ~ 15th May, 20th May ~ 22nd May dan 27th May ~ 29th May 2019. Selain daripada itu, Zestful Buffet akan dihidangkan pada harga RM122nett untuk dewasa, RM61nett untuk kanak-kanak dan RM85nett untuk warga emas. Harga ni untuk Buffet Dinner tau.