TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM SHELL OUT, DESA PANDAN
10:00 AMTEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM SHELL OUT, DESA PANDAN
TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM SHELL OUT, DESA PANDAN
Assalamualaikum. Holla ~
Ke sini dengan misi, tapi terjumpa pulak dengan visi. Ehh !
Datang dengan niat nak kenduri Seha, tapi Dikdik ajak makan shell out dekat Desa Pandan. Since perut memang tengah lapau mengegau, moh la kite. KL time petang Jumaat, memang lah jam kan ? While driving sambil mengharungi sesak dengan perut berdendang riang, si Dikdik ni bertalu-talu selfie, muka aku da ntah papa. Layan je lah ~
Argh ! Cukup lah tu kot, ada banyak lagi.. Ni kalau tepek semua, sampai besok cerita tak habis. Basement parking kat Desa Pandan ni bagi aku, selesa jugak. Tak lah gelap sangat, kalau gelap, takut hoii ! Hari tu pulak memang luck, parking bebetoi depan pintu escalot. Marvelous !
Haaa.. Ni rupanya Restoran Shell Out kat Desa Pandan tu. Since, sampai dah dekat maghrib, snap awal-awal, takut nanti gelap, nampak benda lain pulak kan. Okey tak ! Gurau jaaa..
Shell Out Desa Pandan ni mempunyai interior design yang ala-ala hispster, namun selesa. Ada banyak meja bergantung kepada tetamu yang hadir. Ada jugak tempat ala-ala private untuk function. Tak de lah private sangat sebab masih terbukak dan orang luar masih boleh nampak anda, tapi agak terasing sikitlah dari tempat yang lelain.
Ni antara Combo yang disediakan oleh pihak Shell Out untuk tetamunya. Tapi, hari tu, aku and Dikdik, tak amek pun combo ni sebab ada yang kami tak makan sangat. So, decided to choose ala carte.
Menu ala-carte adalah mengikut gram. So, untuk setiap seafood tu memang ada beratnya memasing, dan berat tak sama untuk setiap jenis seafood, harga apatah lagi. Kalau dia tulis kat situ, 500gm, janganlah nak request 250gm ye, sebab dia memang akan served as per menu. Tak de nak reuest half dari tu or nak tambah 100gm lebih. A big NO !
Ready to eat. Bebajet tengah diet, jadi aku order garlic bread untuk dimakan bersama dengan hidangan seafood tersebut. Aku rasa, aku order 3 pcs, tapi yang sampai 6 pcs. Musykil jugak, tapi makan je. Rupanya, memang kalau order 3 pcs, datangnya 6 pcs. Nasib baik tak order yang 9 pcs, jenuh makan. Huish ! *lap peluh*
Mana lagi 2 pcs ? Dah kena ngap... muhaha
Ada jugak disediakan sos dan mayonis sebagai perisa tambahan. Tapi, hari tu, side sauce tu tak bersentuh pun. Sauce dari Shell Out tu memang sedap habis. Terangkat ! Menjilat jari manis. Hehe.. Dah makan lemak2 tu, order green tea je untuk detoks kan balik. ^_^
Hari tu order, lala with garlic butter lemon sauce. Yang ni memang sedap ! Recommended ! Sauce garlic butter lemon tu memang sedap sangat. Tak expect rasa dia macam tu punya sedap. Scallop tu pulak sauce dia kari. Kari dia memang berempah habis. Yang tak suka rempah sangat, curry is not your taste.
Walaupun minyak berlinang, tapi garlic butter lemon sauce tu memang paling win. Sampai hari ni aku masih teringat-ingat kesedapan sauce nya. Kalau ke Shell Out Desa Pandan lagi, garlic butter lemon tetap menjadi pujaan hati.
Total dua orang makan, tak sampai RM100 pun, below tah RM70 if I'm not mistaken. Tapi, memang worth it makanan dengan harganya.
Lokasi dia dalah seperti berikut.
Phone:
+60 16-340 4616
Hours:
Open everyday · 11:30AM–10PM
Belanja OOTD satu depan Shell Out Desa Pandan walaupun gambar agak gelap. Muhahaha
10 comments
salam jumaat...
ReplyDeletebelum pernah lagi pegi makan dekat kedai² shell out nie...
tapi pernah skali buat dekat rumah je..hihi
Assalamualaikum...
ReplyDeleteuuuuu nampak macam sodap jo...
boleh try test nih..
thanks sharing ^_^
bestnye mkn
ReplyDeletexnah lg lah bershell out
Wow..sangat mengujakan..erm..kak wana pun peminat seafood juga nih..dapnya!!!
ReplyDeletehamboi sakan bergambar.. ingat tadi entry pasal gambo hangpa; baca lagi tajuk pasal makanan rupanya.. hihi ^_^
ReplyDeleteUit...sedapnyàa
ReplyDeletesejujurnya tak pernah bershell out lagi..pokcik pulak uric acid tggi..kena simpan dlu hajat utk shell out ni..huhuhu
ReplyDeleteKena pakai apron eh?
ReplyDeleteBagusnye siap sediakn apron, nmpk sngt mereciknye kn.. Klu Cikna ofkosla amik combo sbb cikna bedal semuanya...;-)
ReplyDeleteTak pernah lg try shell out di kedai, penah mkn d rumah j.teringin juga nk mkn d kedai.lalu Sana boleh singgah
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^