5D INTERACTIVE WORLD - PENANG'S NEW ATTRACTION

10:17 AM

5D INTERACTIVE WORLD - PENANG'S NEW ATTRACTION


5D INTERACTIVE WORLD - PENANG'S NEW ATTRACTION


Having vacation in Penang for the second or third time or maybe more, and thinking a new attraction to discover. Here's the place.

Assalamualaikum. Holla ~

Pada awal tahun 2015, mereka mengambil keputusan untuk mengubah idea mereka menjadi realiti! Mereka adalah yang terbaik dalam seni, perlindungan alam sekitar, dan reka bentuk serta industri pemimpin. Mereka mengambil keputusan untuk "mengahwinkan" dengan bakat dan pengalaman mereka untuk mewujudkan pengalaman 5D Interactive World yang unik.

Walaupun mereka berasal dari latar belakang yang berbeza, mereka bersatu dalam satu keinginan untuk menyampaikan satu pengalaman. Meninggalkan amalan pasaran yang normal di belakang, mereka mencampurkan bersama-sama pendidikan dan pengalaman menyeronokkan untuk pembelajaran yang menarik.


Mengapa 5D Interactive Word terletak di Pulau Pinang? Jawapannya mudah kerana semua daripada mereka adalah Penangnites, the true blue. Mereka dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang dan sebagainya mahu menyumbang usaha, tenaga dan kreativiti untuk pembangunan Pulau Pinang yang indah dan cantik.

Berkonsepkan pendidikan, kesenian dan kreativiti, serta 5 tema yang berlainan, anda pasti merasakan pengalaman bersama 5D Interactive Word adalah satu pengalaman yang unik.

Teruja ? Pasti.. Harga tiket untuk 5D Interactive Word adalah seperti berikut dan lokasi 5D Interactive Word adalah berhampiran dengan Penang Times Square. Bangunan kedai yang betul-betul bersebelahan dengan Penang Times Square. Lokasi ditepi jalan, amat memudahkan pencarian dan untuk memudahkan lagi, bolehlah parking di Penang Times Square.

Bagi yang menyahut seruan kerajaan dengan menaiki kenderaan awam, bus Rapid Penang yang melalui 5D Interactive Word ialah, bus bernombor 201, 202, 203, 204, 206, 502, 301 dan 11. Bagi yang menaiki bus Hop On Hop Off pulak, anda harus berhenti di stop yang ke 07.



















Pengalaman berada di awang-awangan ni adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ala-ala Harry Poter, pasti rasa tak mahu kembali berpijak ke bumi.








Selain itu, anda jugak boleh membuat muka sendiri dengan menggunakan "mold" ni. Bukan setakat muka, tapak tangan, siku dan segalanya yang boleh jika anda cukup kreatif. Badan pun boleh jugak jika anda mahu.






Saat kaki menjejakkan 5D Interactive Word ni, pasti terasa seolah-olah anda jugak pencinta alam sekitar dan pastinya perasaan itu wujud dalam anda. Bayangkan, kalau alam sekitar tidak dijaga dan anda hidup dalam sampay yang menimbun. Pastinya yang cantik itu unik kan ? Kalau nak tahu, kebanyyakn seni didalam 5D Interactive Word ni dibuat dengan menggunakan bahan kitar semula. Mesti tak percaya kan ? Kalau tak percaya, datanglah sendiri ke 5D Interactive Word ni.

Part yang paling seronok, terutamanya bagi kanak-kanak ialah di Clay Art Class ni. Disini, anda akan dilatih untuk menjadi kreatif tanpa anda sedar.  







Pengalaman diserikan lagi dengan kehadiran ramai ahli keluarga mahupun kenalan kan ? Pastinya lebih seronok. Terima kasih Zafirah Nazri sebab bersama-sama dalam mecorakkan hari di 5D Interactive Word hari tu.









Kalau anak-anak pun suka, ibu bapa pun senang hati. So, tunggu apa lagi. Jom rasai pengalaman di 5D Interactive Word, yang pertama seumpanya di Asia.

Terima kasih pihak 5D Interactive Word kerana sudi menerima kunjungan kami serta melayan kerenah kami bergambar. 


Nah ! Sekuntum gun and roses untuk hampa. 



Lokasi 5D Interactive World adalah seperti berikut.



 


Address :
F 29, Jalan Dato Keramat, Georgetown, 10150 George Town, Penang

Contact no :
010-818 1098

Selamat belajar, berkreativiti dan berseni.....

You Might Also Like

10 comments

  1. yeahhh..bulan 3 pigi penang!! nk set detinasi wajib ni

    ReplyDelete
  2. singgah dan follow

    http://belogsjm.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. seronok kan masuk tempat2 camni, kak ana tengok dari review geng2 utara ni belah Penang banyak kan.. best posing2 :)

    ReplyDelete
  4. meriah sggh kita kt sini kan

    ReplyDelete
  5. SS dah tak kenal dah mana 5D... 4D... 3D... macam sama semua...

    ReplyDelete
  6. 5D pulak..pasni mesti asa 6D..dulu dpt tgk wayang 3D dh suka gila

    ReplyDelete
  7. baru tengok posting akak nih , padahal dah lama gila pergi . haha terima kasih sebab ajak saya :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored