PETUA HILANGKAN TAHI LALAT PADA BAJU
10:12 AMPETUA HILANGKAN TAHI LALAT PADA BAJU
PETUA HILANGKAN TAHI LALAT PADA BAJU
Assalamualaikum. Holla ~ Salam Jumaat.
Pada pagi yang mulia ni, Syawal ke-10, aku nak kongsikan petua atau tips yang aku rasa sangat berguna, yakni petua menghilangkan tahi lalat pada baju.
Sebenarnya, aku dah try Google dan bermacam cara telah aku gunakan semata-mata untuk hilangkan tahi lalat pada baju ni. Dah la baju baru, aku tak main sepuk pun, tapi tetap bertahi lalat. Grrr ! Tapi, setelah beberapa cara aku mencuba, aku tetap gagal. Lalu aku biarkan baju baru tersebut bersama tahi lalat dan hati yang panas menggelegak.
Baru ni, time raya.. Jubah yang aku pakai, ku basuh dengan tangan dan masa tu jugak lah baru aku perasan yang jubah tu jugak ada tahi lalat. Mak ei ! Geramnya... Dah la tu, tahi lalat tu ada kat bahagian bawah jubah (bahagian kaki) pulak tu. Aku musykil kenapa lalat kenan no nak berak kat bebaju aku.
So, masa ni lah aku try petua ni. Sebenarnya, petua ni kawan aku kongsikan time zaman blajo dulu. Tapi, petua ni untuk hilangkan minyak moto yang melekat pada baju. Tapi, aku aplikasikan untuk tahi lalat ni dan ianya berkesan. Apa lagi, melonjak kegembiraanlah aku ! Yeeehaaaa !!!
Macam ni caranya....
1) Basuh baju seperti biasa dan jemurkan.
2) Bila dah agak kering, basahkan sabun mandi (yang jenis buku) dan sapukan diatas
permukaan baju yang bertahi lalat.
3) Jemurkan sehingga kering.
4) Bila baju dah kering, ambil baju tadi dan basuh dengan menggunakan tangan di bahagian yang bertahi lalat tu.
Insya Allah, berkesan. Aku dah try beberapa kali petua ni dan alhamdulillah. Memang berjaya ! Tak payah nak guna Varnish bagai, guna sabun buku mandi sahaja.
Yang penting kena sabar dan rajin sebab kira macam dua kali kerja sebenarnya. Tapi, worth it sebab tahi lalat tu memang hilang.
Selamat mencuba !
13 comments
tq tips ni..
ReplyDeleteTeringat masa Alysa & Danish baby, baju diorang byk yg bertahi lalat..nak buat mcm mana air liur meleleh sokmo terkena kolar baju..hehehe
ReplyDeleteni memang masalah betoi time time sek dulu haha.. balik mak mesti bising..
ReplyDeletelalat2 ni suka hati je nak lepak kat baju2 kita kan hahaha
ReplyDeletetp good lah idea ni nti nak cuba
Good sharing SN..
ReplyDeleteAkak nak cubalah yg kat telekung tu..
Harap2 hilang lah..
menarik ni! boleh try..selalu telekung pun ada taik lalat ni
ReplyDeleteNice tips.
ReplyDeleteSabun mandi jenis apa tu guna??
saya pakai sabun antabax.. tapi, tak kisah kot sabun jenis apa, yang penting jenis buku..
Deletesabu buku mandi? sabun pe tu..kat baju biasa ade ..biasa kat telekung
ReplyDeletesabun mandi yang jenis buku tu.. bukan shower gel or cream
DeleteKat baju kemeja boleh x?,
ReplyDeleteSaya sedih. Saya lupa kalau bajh lembap akan keluar tahi lalat ni. Habis rosak semua baju2 saya. Hmm... nanti saya cuba.😔💔
ReplyDeletenice sharing. tq
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^