AYAM MASAK MERAH
9:00 AMAYAM MASAK MERAH
AYAM MASAK MERAH
Assalamualaikum. Holla ~ Hari ni nak share resepi lagi. Kalau suruh Ibu masak ayam masak merah, mesti Ibu akan masak ayam masak merah yang warna oren tu, yang kena letak tomato puree tu, kalau setengah orang panggil ayam masak ros.
Sebenarnya aku suruh masak ayam masak merah ala-ala rumah kenduri. Hat tu sedap weh ! Aku paling tersuka. Kalau pi rumah beradik-beradik, mesti ayam dengan sambal dia ku amek banyak sikit.
Dan disebabkan aku tengah bertugas sebagai Master Chef sekarang, maka... Officially, dapur tu aku yang punya. Jom masak ayam masak merah my style. Muahaha
Ayam Masak Merah
Bahan-bahannya
7 ketul ayam (lumur dengan garam dan kunyit)
4 sudu besar cili kisar
Sos cili (aku main tuang, so tak de sukatan tepat)
Serai (dititik)
Gula (secukup rasa)
Garam
Bahan kisar
1 biji bawang besar
1 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
Halia (sebesar ibu jari)
Cara-caranya
1. Goreng ayam separuh masak dan ketepikan. (Jangan goreng terlalu masak, nanti keras)
2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan masak sehingga agak garing.
4. Masukkan serai dan diikuti dengan sos cili.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati.
Argh ! Nikmatnya ayam kenduri walaupun tak kenduri lagi... Hehehe
10 comments
sedapnyaa..")
ReplyDeletememang sedap.. eh ! terpuji diri sendiri pulak.. hehehe
Deletemenu wajib kenduri kawin ni:)
ReplyDeletekan kan kan.. selalu p kenduri memang cari lauk ni dulu
DeleteTengok ayam masak merah ni..terus rasa lapar lah dik..hihi
ReplyDeleteLapar, makannnn.. hehehe
Deletekalau akak, suka blend serai ngan lengkuas sekali pastu tumis..sedap la jugak (puji diri sendiri)
ReplyDeletebetoi lah tu.. sapa lagi nak puji diri sendiri kan..
DeleteSedap ayam masak merah ni.. Lepas raya ni dah kurang
ReplyDeletedah kurang apa tu ?
DeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^