PADANG, BUKIT TINGGI HERE I COME !!! DAY 4
9:00 AMPADANG, BUKIT TINGGI HERE I COME !!! DAY 4
PADANG, BUKIT TINGGI HERE I COME !!! DAY 4
Cerita bersambung. Day 4, the last day here, Padang, Bukit Tinggi. Macam biasa, breakfast kat hotel dulu. Hari ni dah tak de sesi shopping marathon macam masa hari ketiga. Hari ni, hari last untuk menyedut udara yang nyaman di Bukit Tinggi ni. *tarik nafas, hembus*
Selepas breakfast, macam biasa, Pak Putra dah tunggu. Plan dia hari ni nak bawak ke Lubang Jepang, last round kat Bukit Tinggi dan air terjun apa ntah. Yang tu masa on the way nak ke airport nanti. Tapi, aku request nak ke Jam Gadang. Kat sini, kira macam trademark lah. Kalau tak ke Jam Gadang ni, rasa rugi pulak. Kan ?
Di kawasan sekitar Jam Gadang ni, memang meriah pepagi. Ada poco-poco, ada orang tengah bersenam. Memang meriah lah. Sebab aku tak pandai cari lighting yang cantik, so gambar pagi tu agak gelap. Mahap lah ye.
Kawasan Jam Gadang ni dekat dengan Pasar Atas. Alah ! Pasar Atas tu tempat untuk shopping. Kan dah cerita dalam entri yang lepas. Haaa. Boleh baca SINI kalau tak baca lagi, or dah lupa.
Tak banyak shot pun yang aku amek, sebab kejarkan masa kan. Nak ke Lubang Jepang lagi. Moh ke Lubang Jepang pulak.
Apo ko bondo Lubang Jepang ni ? Lubang = lubang lah kan. Jepang = Jepun.. Haaa.. Lubang Jepang ni adalah satu taktik yang digunakan oleh tentera Jepun suatu ketika dulu untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain tanpa diketahui oleh sesiapa. Agak panjang sebenarnya Lubang Jepang ni dan kalau nak melaluinya kena turun ke bawah. Bawah ? Bawah mana ? Jom tengok.
Rasa macam duduk kat negara atas awan pulak. hikhik
Nampak tak trek kat bawah tu ? Trek tu digunakan untuk orang berjogging. Lubang Jepang tu ada kat bawah ni la. Lubang Jepang ni jugak dikenali sebagai Grand Canyon Bukit Tinggi. Kenapa Grand Canyon ? Sebab macam Grand Canyon lah. Kalau lalu ikut luar, lagi nampak macam Grand Canyon. Teruja aku nak masuk, nak tengok Grand Canyon ni tau. Grand Canyon dekat Arizona tu tak tahu bila boleh sampai, tapi sekurangnya Grand Canyon kat Bukit Tinggi ni, aku jejaklah jugak. Muhehehe.
Kat kawasan Lubang Jepang ni, ada macam taman untuk riadah. Seronoklah bawak anak-anak riadah kat sini petang2. Pepagi macam ni, tak ramai pulak orang. Mungkin, orang sibuk dok jogging kat bawah nun.
Dan selepas itu perjalanan kembali ke Padang bermula. Syahirah dan Anis mula diganggu oleh rasa sakit kepala. Makanya, deme tewas dalam medan perjalanan. Aku jugak yang steady, sibuk dengar perbualan antara Pak Putra dengan Cik.
Sampai kat kawasan air terjun yang dimaksudkan tu, makanya Pak Putra pun berhentilah. Hajat memang nak amek gambar. Tapi, kesian pulak kat Syahirah yang kurang sihat. Makanya, aku teman dia ke toilet. Maka, dengan itu sesi bergambar
Selfie sepukal sewaktu tunggu Syahirah ke toilet.
Aku dah macam jadi jaga toilet dah. Hehheh
Suasana kat situ, memang sejuk. Walaupun air terjun itu ku pandang sayu dari kejauhan, tapi, memang terasalah kesejukkan nya. Ramai jugak orang yang berhenti disitu untuk mengabdikan kenangan serta meninggalkan jejak. Apakan daya, aku hanya memandang dari jauh.
Argh ! Percikan asmara air bukit itu sudah cukup untuk buat aku segar dan nyaman. Biarlah ia tersemat di hati, tidak disini. Muhahaha
Tamatlah sudah perjalanan yang penuh dengan liku sepanjang 4 hari berada di sini. Dengan hasil tangkapan yang agak banyak, aku berjaya mengeringkan poket dengan jayanya. Hehehe.. nah belanja lagi selfie sepukal dua berserta dengan niat yang tak berapa baik itu.
Jumpa lagi Bukit Tinggi. Panjang umur, boleh honeymoon kat sini.. *ehh ! ke laut pulak*
Bubye
Full entri boleh tengok kat bawah ni..
8 comments
wahh best best jalan-jalan.
ReplyDeleteCantik pemandangan dari atas bukit.
ReplyDeleteCantiknya gambar pemandangan tu...
ReplyDeleteAssalam firah..lama x sggah..maaf ya sbuk sgt..selamat hari raya maaf zahir batin.
ReplyDeletecantik tempat ni...model pun cantik jugak!
ReplyDeletebestnyer..teringin nak p...pemandangan sangat2 cntik..
ReplyDeleteuuish kalo bleh mandi kat waterfall tu mesti best.. ok CT baru nak terjah entry2 lepas.. hehe..
ReplyDeletekenapa selfie second last tu letak sticker
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^