Assalamualaikum. Holla ~
Lama nau MZ tak jengah sini, nak
sesi kunjung mengunjung serta membalas komen apatah lagi. Tak tau lah mana azam
yang MZ ketengahkan dulu. Hendaknya selepas bercuti, berehat ni, badan kembali
cergas serta jari kembali giat. Wahh gittew..
Kali ni cuti-cuti Malaysia, ke
suatu tempat yang sudah bertahun MZ tidak menjejakkan kaki. Suatu tempat yang
sejuk, nun di atas. Tapi, kalau musim cuti sekolah, mau panas, panas hati dek
kesesakkan lalu lintas. Muhahaha… memandangkan MZ pergi bukan masa musim cuti
sekolah, jadi keadaan lalu lintas agak terkawal walaupun Cameron Highland masih
ramai dengan pengunjung dan pelancong.