BUDGET TRIP KRABI DAY 2 PART 1
9:57 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Moh la kita sambung entri Krabi yang kian lama kian tenggelam. MZ baru tersedar yang MZ dah terlompat entri.. Muhahaha.. sorry naa baaa ~
Hari ni bersambung dengan kisah pada hari kedua. Seperti yang digembar gemburkan, hari ni ialah "hari air". Memandangkan kami stay di bandar Krabi, kami telah disediakan kenderaan untuk ke Ao Nang. Oh yaa.. segala aktiviti air, hanya berlaku di Ao Nang. Bagi mereka yang ingin merasai hembusan angin bayu, bolehlah merancang percutian anda dan tinggal di Ao Nang. MZ pilih Krabi with a strong reason as per mentioned in previous entry.
Tuk tuk yang dinaiki berhenti beberapa kali untuk mengambil penumpang lain. Kebanyakkan nya dari hotel-hotel yang berdekatan. Mujur kami yang terawal naik, adalah port untuk kami.. Cerita pasal hari air ni, nak tau tak... Pepagi mood dah spoil dek kena marah dengan driver tuk tuk.
Alkisahnyaaa... masa beli tiket untuk kedua-dua aktivit, darat dan air, cik adik manis tu dah pesan jam berapa kami sepatutnya berada di lobi menantikan kehadiran Encik Driver. Dek kerana tersalah dengar, driver tuk tuk tu telah menunggu kami hampir 40 minit. Mujur Dikdik dan aku nak ke lobi untuk mengambil air panas untuk dibuat sarapan. kalau tidak.. lagi lamalah driver tu tunggu... Maka bergegaslah kami, dalam keadaan "bogel". Yakni, tak sempat langsung nak memakai sebarang protection kepada kulit, maka jadilah udang hanguihhh...
Antara pit stop untuk mengambil penumpang lain
Geng moody kena marah pepagi
Menuju ke Ao Nang
Redha dengan kejadian tersebut, kami meneruskan perjalanan ke Ao Nang. Dan bila sampai ke Ao Nang dan membuat pendaftaran, kami masih perlu menunggu. Menunggu mengikut giliran untuk boat berlepas. T_T
Sambil-sambil menunggu yang lelain mendaftar serta boat berlepas, sempatlah snap gambar sekitar Ao Nang pada pagi yang moody itu.
Tuk tuk yang kami naiki...
memang sumbat sampai penuh sampai ada yang berdiri di palang belakang
Dan akhirnya, waktu long boat berlepas.. ramai jugak ahli long boat tu. Setiap boat memang ada tour guide memasing. Haaa.. untuk long boat kami, tour guide tu yang kat depan sekali, berbaju oren.
Pinjam abam ni buat model pulau
Sampailah kat pulau pertama. Di hujung pulau ni terdapat sebuah gua. Tapi, didalam gua ini tidak dibenarkan mandi kerana berlakunya aktiviti keagamaan. Air kat sini memang jernih, nampaklah ikan menari-nari dalam air, sayangnya banyak betul obor-obor. Gegatal badan.. Adeh !
Dukacita MZ nak ingatkan yang segala gambar didalam air tiada dek kerana ipong yang ingin turut merasai kenangan snorkelling di Krabi.
Dan disebabkan itu, kami mengambil inisiatif untuk menikmati banana pancake sambil menghirup udara segar.
Dan kemudian, berjalan sehinggalah ke gua yang tidak dibenarkan masuk. Kat kawasan itu lebih redup dan tidak mempunyai obor-obor. Tapi, main dengan baju yang dah basah, orang ramai dan pasir pantai, terasa perjalanan tu amatlah lambat sekali.
Setelah sejam, kami kembali ke long boat untuk ke destinasi seeterusnya. Koh mana kah destinasi seterusnya itu ? Tunggu naa...
Entri sebelumnya terjah sini
3 comments
alamak redha la kena gitu.. CT kena sound gak skali penah adeh.. xpe x jumpa da pakcik tu.. lupakan lupakan janji da enjoy ^^
ReplyDeletesabar jelah kalau pagi2 dah kena marah. tabahlah nak, kau di negara orang.hihi
ReplyDeletewah syoknya pergi krabi
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^