Assalamualaikum. Holla ~
Meh sambung day two pulak ye setelah kepenatan tahap tak hengat pada hari pertama. Disebabkan terlampau keletihan, pagi tu kami berdua bangun agak lewat, mandi kedebush, kedebush, terus call grab. Risau lambat.. alih-alih dengan jalan yang lengang, kejap je sampai destinasi pilihan.
Ohh ! Lupa nak bagi tau... untuk USS ni, MZ amek package yang naik di depan Tune Hotel, Danga Bay. Kenapa MZ amek package ? Sebab senang, dan cepat. Dari Tune Hotel tu, naik bus terus ke USS berbanding dengan perjalanan sendiri, kena berasak-asak macam semalam, naik MRT, tukar station and etc. Sebab nak jimat masa pun iya jugak.
Package tu MZ Google je, sebaik jumpa. Sebelum Google tu, MZ ada jugak tanya-tanya orang termasuklah Wak Pening Lalat. Gracias Wak ~
Sampai je depan Tune Hotel tu, terus serbu kat sorang mamat ni yang acah-acah busy mengedarkan form yang MZ tak dapat kenal pasti apakah form nya. So, MZ tanyalah dia, package yang MZ amek tu nak kena naik bus mana, then mamat acah-acah busy tu suruh MZ naik salah satu daripada 3 bijik bus yang sedang parkir menantikan penumpangnya.