KL dengan malang yang tak berbau PART 3

12:17 PM




Assalamualaikum...

Selamat sejahtera ~~

Sudah.. hari ni aku sangat beritlizam untuk menghabiskan entri ini supaya entri-entri lain dapat menyusul.. maaflah sebab aku ni tak reti nak skip entri... jadi, tu yang kena pulun perabih jugak tu... tu pun dah ter up entri Buffet Ramadhan di Vistana Hotel 2015 Bersama Blogger Utara PART 1 sebab dah terlampau teruja... padahal sebelum entri ni ada lagi 2 entri nak up... sudah jangan bagi aku pot pet bebanyak, nanti tak habis jugak cerita...

Cerita bersambung ye.. setelah se'petang' shopping dekat Jalan Masjid India, Jalan TAR, maka itik pulang petang lah pulak kan... tapi, Dikdik tak dak kat bilik.. dia boleh pi keluaq ngan kawa dia.. hokey! fine! ohhh... lupa ~~ kebetulan hari tu, SOGO ada buat sale.. muhaha.. aku dengan yakinnya telah berjaya merembat handbag FILA seketoi... arghh ~~ tak tahan daulat.. murah oiii !

Since Dikdik tak dak, ibu asked me to asked her any suggestion kedai makan since kat sana memang banyak nau kedai... but then, Dikdik suruh pi kedai semalam jugak.. haruslah tak mau! bukan tak sedap, tapi alang-alang dah banyak keda yang terhidang didepan mata, mesti lah kita nak rasa kan.. khabarnya Kampung Baru ni, syurga makanan.. hehe...

Decided untuk jalan-jalan and tembak ja kedai mana yang rasa cam best... sepanjang jalan tu kan memang penuh kedai makan.. ibu asyik suruh jalan ja.. sampai lah kedai hujung jalan menghala ke stesen LRT.. tak ingat pulak kedai tu nama apa.. hari tu ingat.. tu lah, lama nau.. kebetulan malam tu ada bola, Kelantan lawan.. urm.. pun tak ingat jugak.. memang kedai penuh lah kan... tapi, service dia memang cepat, pantas dan efisyen.. even ramai, tapi cepat ja makanan sampai....

Ohh.. sebelum tu, on the way nak ke kedai hujung jalan tu, ada singgah beli ayaq nyioq dulu....






Dia bukak malam ja.. ramai gilos orang.. ada lah dalam beberapa minit kena tunggu.. mine, ayaq nyoq with lemon, ibu punya ayaq nyoq with laici... aku rasa, kami tersalah order lah... sebab tengok orang punya macam shake ja.. macam sodap ja... tak po lah.. tak dok rezeki.. maybe next time..






Lokasi kedai juai ayaq nyoq tu bebetoi sebelah kedai nasi lemak antarabangsa ni... memang ramai lah orang kan.. ada banner gantung kat tepi kedai tu, dah ramai retis merasai keenakkan air ittew ~~

Lepas makan, saja jalan pi tengok Chow Kit time malam.. then, balik teruih zzzz..... esoknya, seperti yang dirancang, dan selalu disebut-sebut oleh ibu, IKEA... sebelum tu singgah makan nasi lemak lagi.. tapi kali ni bukan nasi lemak antarabangsa lagi.. ni nasi lemak wang hape ntah... err.. lupa lagi ataih faktor masa yang terlalu lama.. not bad jugak nasi dia.. orang pun ramaiiii.... 

Usai makan, bergerak menuju ke stesen LRT Kampung Baru then dari situlah bergerak ke stesen Kelana Jaya (hentian terakhir) dengan menaiki train ye.. bukan jalan kaki.. jenuh berlecak lah kalau berjalan... tambang dia dalam Rm2.++ ja untuk seorang and one way.... sampai kat Kelana Jaya tu, kena baik bus pulak pi Ikea.... Dikdik cakap, ada free shuttle... tapi, tak jumpa pulak free shuttle pada hari tersebut.. makanya, naiklah Rapid berbayau... RM1.++ ja untuk seorang...





Stesen ni kami yang punya ~~ sebab keluaq awai pagi, orang pun tak dak lagi...




Hehe.. kami melekat dua beradik, ibu dok sorang... perjalanan dia mengambil masa tak sampai setengah jam... tu pun tercangak-canggak dengan adik kat mana nak turun...

Teruja nampak Ikea for the first time, mari kita selfie.. hehe..




Dengan cable bagai....

Terpegun dengan Ikea.. nasib baik Ikea Penang tak bukak lagi.. kalau tak, mau hari-hari aku singgah... ^_^ ehh.. bag tu pun rembat kat SOGO jugak awal tahun ni..
 haha... aku rasa, aku tak sesuai pakai tudung instatnt ni... muka aku makin membulat.. sudahnya dia helai tudung yang ku rembat di Muaz semalam terpaksa dengan rela hatinya ku let go kepada ibu.. 

Penat berjalan, haruslah lapaq... jom pekena signature Ikea.... ibu and Dikdik pi beli makanan, and aku pulak sibuk mencari lokasi untuk bontot menapak... penuh oiii ~ agak orang nak habis makan ja, ada ja yang dah tunggu di sudut kiri or kanan meja.. malah ada yang bebetul duduk disebelah orang yang dah habis makan tu semta-mata untuk booked meja... aih aih...

At last, ada jugak rezeki aku.. tepi tingkap.. meja bar yang tinggi tu.. ai like ~~






order yang ni sahaja.. maaf tiada senarai harga sebab aku lebih sibuk memilih senarai kerusi untuk memarkir.. al kekdahnya, aku tak tahu pun berapa rega makanan dia atas...










Dah kenyang selpiaq sikit sementara ibu membeli dan menunngu masa untuk membelah... keluaq dari Ikea lebih kurang jam 1300 and terus shoot pi Puduraya.. Dikdik tak ikut pun sebab dia kan allergic panaih.. kepala dia dah mula ada bintang dok pusin-pusin... so, dia meminta kebenaran untuk pulang ke bilik while ibu and me meneruskan perjalanan....

Tamat jugak perjalanan cerita untuk kali ini... at last !

You Might Also Like

9 comments

  1. amboi anak branak ni jalan2 sakan yaaa..
    dapnye.. lama da x pi ikea.. kalo p dat area pun singgah the curve je..

    ReplyDelete
  2. Tudia, shopping sakan noo... Zumal teringin nak makan nasi lemak antarabangsa tu tapi tak berkesempatan nak p...

    ReplyDelete
  3. syoknya depa dpt makan meatball ikea
    cheq ni dah lama tingin sejak peknen ritu..adoyaii ntah bila lah dpt merasa ni
    huhu

    ReplyDelete
  4. sopping sakan nooo....hahaa wefie sambil sengih tu win....

    sedap ka meatball tu

    ReplyDelete
  5. ktorg kalau masuk ikea tak sah kalau tak tiga jam dalam tu. tatau la duk kelebet menda ntah, beli takde pulak penuh trolley =..=

    ReplyDelete
  6. Xpernah try pun ikea signiture tu..padahal dulu keja dkt the curve tu dkt sethn lebih..

    ReplyDelete
  7. Assalam zaf,
    kaaaaaaaaaaaannn
    Penang takdop IKEA :P

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored