#Cabaran20Hari - Memori Raya 90an atau Zaman Kanak-kanak (Day 14)

5:35 AM


Assalamualaikum.... 

Untuk #Cabaran20Hari hari ini, ada buku baru.. buku lama sudah khatam.. hehe... meh tengok tajuk dia....

#Cabaran20Hari, #cabaran20hari, Puasa/Raya 2015

Semalam tak up kan entri ni padahal dah ada dalam draft.. dia mai dah penyakit penyegan dia.. ehhh.. bukan penyegan lah.. server down kat office semalam.. *alasan..* heee....

Semua orang pernah melalui zaman kanak-kanak... dan zaman kanak-kanak lah zaman yang paling best.. tak payah pikiaq apa langsung, main.. pi sekolah.... main.. pi sekolah...

Zaman kanak-kanak, time raya memang paling tunggu sekali.. selain dari dapat kutip duit raya dari sedara mara, dapat pusing kampung dengan sepupu sepapat untuk kutip duit raya.. sebenaqnya, aku penggila "biskut raya"... selalu kalau tuan rumah paksa masuk, aku buat muka hampa sama cam cousins yang lain, tapi dalam hati melonjak kegirangan sebab boleh tengok rasa "biskut raya" tuan rumah.. hehe.. minum, tak sangat.. nanti cepat kenyang, janji kena rasa "biskut raya" dulu.... heee.. aku kutip duit raya sampai form 1.. sebab Diyanah (dia beza setahun dengan aku) ajak aku teman dia pi kutip duit raya... maka, terjebaklah bersama... bila dia meningkat ke form 1, dedua dah duduk kat rumah.. hehe

Then, masa zaman kanak-kanak jugak, arwah tok selalu suruh kami hantaq "biskut raya" dekat jiran non-muslims... kita bawak kat dia kuih raya, nanti dia boh balik gula dengan sampul.. dalam sampul, ada duit tau... ! yippie ~ sebab kami dok dekat, selalunya tengah hari baru balik Bayan Lepas, tapi arwah tok tetap tinggai sepinggan dua untuk aku... sepupu sepapat dah call bebanyak kali, tanya bila nak datang... 

Argh ~ rindu zaman kanak-kanak itu... zaman tak sabaq nak pakai baju raya time pagi raya.. zaman tak sabaq nak bedal biskut raya... zaman nak jalan pusing satu kampung dengan sepupu... laaa... segalanya dah berubah.. suasana dah tak sama macam dulu...

You Might Also Like

6 comments

  1. zaman kanak2 dlu.. malam raya la yg paling meriah.. main bunga api ngn mercun.. hehe

    ReplyDelete
  2. zaman lani raya macam tak raya ja suasananya...dh x nmpk sgt bdk2 mai kutip duit ry

    ReplyDelete
  3. Zaman kanak2 banyak kenangan yg tak dilupai sampai sekarang

    ReplyDelete
  4. Zaman kanak2 memang win..
    Kenangan yang sentiasa di ingatan..

    ReplyDelete
  5. zaman kanak-kanak laa yang paling best.. boleh beraya sambil kutip duit raya..

    ReplyDelete
  6. Assalam zaf,
    akak penggemar masakan masa ghayer
    dedolu kalo pi berghayer setiap rumah mesti akak akan makan tau3
    tu yang sedeh dengan bebudaks sekarang
    mai rumah kata nak bergahyer
    tapi jamah makanan sikit pun tak
    zaman dah berubah

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored