RESEPI AYAM BUTTER
8:30 AMRESEPI AYAM BUTTER
RESEPI AYAM BUTTER
Orang raya makan ketupat, rendang, lontong, lodeh.. Adik, time raya teringin makan ayam butter. Nasiblah dapat akak yang rajin melayan kan. Yelah. Dia pun balik jarang2 kan, kalau boleh nak penuhilah hasrat perut dia. Mihmihmih
3rd day raya dah serbu Mydin Bukit Mertajam. Hajat hati, nak beli ayam and bebarang nak masak untuk kengkawan abang yang nak datang. Tapi, ayam kat Mydin pun habis, tinggal ayam tua ja. Haih ! Tak mo lah. Esoknya ibu ke market, ada sorang je yang meniaga. Sejam jugaklah beratoq untuk dapatkan ayam. Ish2
Lepas siap2 kemas rumah and mengecahkan dapur untuk kengkawan abang, sambil tengok Mak Cun Pi New York, sambil kupas bawang, sambil perap ayam. Hehehe.. Kata multitasker ! *perasan sangat* Sementara tunggu ayam marinate dengan sekata, sambung tengok Mak Cun Pi New York.
Resepi Ayam Butter
Bahan-bahan
Ayam (aku guna 5 ketul)
Cili padi
Bawang putih (2 ulas)
Bawang besar (1 ulas)
Daun kari
Butter / mentega (2 sudu)
Susu cair (setengah tin)
Cheese (sekeping)
*optional*
Bahan perapan ayam
Serbuk kari (aku guna serbuk kari ikan)
Tepung gandum ( 2 sudu)
Tepung ubi kayu (2 sudu)
*boleh jugak guna tepung jagung
Gula
Garam
Cara-caranya
1. Perapkan ayam dengan bahan perapan.
2. Gorengkan ayam dan toskan.
2. Cairkan mentega dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili padi serta daun kari.
3. Bila bawang dah garing, masukkan susu cair dan biarkan ia mendidih sekejap.
4. Masukkan cheese dan biarkan ia cair. (kalau tak mau guna pun boleh)
5. Masukkan ayam dan perasakan dengan sedikit garam.
6. Kalau nak kuah yang pekat, masaklah lama sikit dan kalau terpekat sangat, tambahlah air.
Adik memang suka sangat, siap tambah berkali-kali and request nak meratah ayam ja. Sebab guna tepung ubi kayu, ayam dah rupa ayam kepci.
Aku pakai rempah kari ikan sebab rempah kari daging habis. Takkan nak pi beli pulak dah last2 minute tu. Tibailah rempah kari ikan pun.
Lepas tu kan, rasa kuah ayam butter ni macam rasa beriyani milani kat Restoran Kapitan, cumanya kat Restoran Kapitan tu. warna kuah dia merah sikit. Mungkin tambah serbuk kari or maybe serbuk cili. Yang lain, memang rasa samalah. Muhahahaha... Rahsia milani Kapitan telah terbongkar..
22 comments
tgk pn nmpk sdp ni..
ReplyDeleteyang ni memang sedap.. peberet family
DeleteYang nengok nie pun meleleh air liur..
ReplyDeleteHehehe.. buat kak.. sedap ni, pedas pun idak
Deletelapoooo
ReplyDeletemakannnnn
Deletebuat please..akak datang raya nanti
ReplyDeletehaaaa.. meh datang tahun ni, confirm ada atas meja
DeleteHihihi Reen pula baru lpas masak Nasi Lemak.. Walaupun masih musim raya. Teringin nak makan.. :D
ReplyDeletedah teringin, time bila pun jadi kann
Deleteadusss memikat qolbu..melimpah ruah kuahnyer...mesti sedappp
ReplyDeletememang sedap kak.. rasa cam kat kapitan
Deleteoooohoi dapnyeeee nampak =D
ReplyDeletenampak pun dah sedap, rasa apatah lagi.. puji diri sendiri jap
Deleteyummy..leh dah bukak kedai makan nasi beriyani :)
ReplyDeletenasi beriyani tak pandai la.. noxxa dok dalam kotak lagi.. kikiki
Deleteperghh..leh buka restoran lah camni ;p
ReplyDeleteresto ?? jauh lagi tuuuuu
DeleteSedapnya dik...
ReplyDeleteSedap ni kak.. try lah buat
Deletecili tu brapa banyak kak??..semua bahan tumis tu tumbuk2 ke??..tq share...kena try ni...beryani milani mmg sy punya fevret..sejak2 sepinggan dh naik harga..kurang dh makan..
ReplyDeletecili tu agak2 dengan tahap kepedasan memasing... kalau ikut akak, ternganga lah nanti... :)
Deletetak payah tumbuk, hiris kecik2 ja
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^