FAMILY TRIP .:. LANGKAWI 2017 DAY 1
10:18 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Lupakan entri Krabi seketika, bagi MZ ambil angin pantai Ao Nang sat, nanti MZ sambung entri Krabi balik.
Kali ni nak abadikan entri percutian bersama keluarga di Langkawi pulak. Kalau sebelum-sebelum ni ke Langkawi, Ibu dan Abah yang akan susun itinerary nye. Kali ni, itinerary adalah dari MZ sendiri. So, plan dengan Dikdik, Langkawi 2017 ini adalah percutian balas dendam.
Kenapa balas dendam ? Sebabnya, kalau sebelum-sebelum ni, semua kena ikut plan Ibu dan Abah, yelah.. dah depa lah planner, depalah financial, kita follow je lah. Tapi, trip kali ni, MZ lah planner cum financial.
Trip ni berlaku pada bulan April 2017, hujung-hujung sebelum MZ bertukar ke kerja baru dan mengambil masa selama 3 hari 2 malam.
Cadangnya, nak menginap di Pantai Chenang, tapi disebabkan MZ lambat bual deal dengan Traveloka, MZ terlepas peluang untuk menginap di hotel yang MZ nak. Dan disebabkan itu, MZ pilih untuk tinggal di Pekan Kuah.
Haaa... memang pada kali ini, MZ book hotel dengan menggunakan application Traveloka, senang dan cepat.
MZ memilih untuk menaiki feri dari Pekan Kuala Perlis kerana masa yang diambil tidaklah terlalu lama berbanding jika kita menaiki feri dari Jeti Kuala Kedah ataupun Jeti Pulau Pinng. Di Kuala Perlis, MZ memilih untuk memarkir kereta dibawah parkir berbumbung dan dikenakan bayaran sebanyak RM15 sehari. Untuk parkir yang tidak berbumbung pulak, dikenakan bayaran sebanyak RM10 sehari. Jadi, pilihlah mengikut kesukaan hampa.
Sebab parkir berbumbung agak jauh dari jeti, makan MZ dan Dikdik telah meminjam moto abang kawasan untuk ke jeti. Terima kasih abang kawasan.
Usai membeli tiket, feri sudah sedia menunggu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang, 45 minit dan semuanya baik-baik sahaja.
MZ jugak telah membuat pesanan untuk kereta sewa semenjak MZ di Penang lagi. Layanan yang diberikan oleh Ila sangatlah baik dan Ila jugak menawarkan kereta dengan harga yang berpatutan, dah la kereta baru. Memang bestlah. Kalau hampa nak ke Langkawi dan ingin menggunakan khidmat Ila, boleh hubungi Ila di nombor, 017-9580994.
Dah settle bab kereta, terus check in ke hotel. Tapi, MZ akan review hotel di entri yang berasingan okey.
Selepas check in, terus ke Pantai Chenang. Hajat hati untuk mencari pakej air yang terdiri daripada Pulau Dayang Bunting, Eagle Feeding dan Beras Basah. MZ ada buat sedikit bacaan, dan mengikut bacaaan tersebut MZ akan dapat pakej tersebut pada harga yang agak rendah sekepala.
Maka, MZ benamkan dalam hati, nak cari pakej yang berharga sedemikian, namun MZ hampa. Kebanyakkan kedai yang MZ masuk di Pantai Chenang, menawarkan pakey yang bermula pada harga RM30 sekepala. MZ tetap tidak berpuas hati dan teruskan percarian. Pakej yang paling murah yang MZ dapati berharga RM29 sekepala.
Baru kiranya, bercadang untuk mengambil pakej yang paling murah itu, tetapi, MZ telah berubah fikiran dengan mengambil pakej private bot. Pakej private bot bermaksud, bot tersebut hanya dinaiki oleh family MZ dan sebuah bot itu berharga RM250. Tepuk dahi sendiri, sebab survey nak harga murah, tapi bayar harga mahal. Tapi, apa salahnya kalau spend lebih untuk keselesaan family kan. Maka, hati kembali senyum.
Seterusnya, kami ke Airport Langkawi untuk mencari Laksa Ikan seekor. Yang ini, memang MZ tak boleh move on. Sadisnya, line U-mobile kat sana macam tikus dalam lubang. Nyampah MZ !
Hampa lalu ja jalan depan Aiport Langkawi nanti hampa akan nampak signboard Laksa Ikan Sekoq. Berhentilah kat situ, selagi tak jumpa, jangan berhenti hokey.
Walaupun hari Jumaat, tapi gerai Laksa Ikan Sekoq di hadapan Airport Langkawi tetap ramai. Mana tak ramai, sedap hoi laksa dia....
Selain laksa, terdapat jugak menu lain seperti pasembor, bihun sup, mee rebus dan lain-lain. Tapi, laksa yang ini, memang tiada tandingan, Abah pun siap berulang makan. FYI, Abah bukan kaki laksa... Jadi, kalau Abah makan berulang, hampa paham sendiri lah kot nooo...
Ish ! Tengok je laksa tu, terus perut berkriuk-kriuk. Kuang hasam punya laksa, menggoda betul iman perutku. Haih !
Usai kenyang, kami terus ke HIG, Haji Ismail Group. Ini kali pertama MZ sampai kat sini. HIG dah ada hotel. Dulu Ibu selalu shopping dekat bangunan kedai HIG ja yang berhampiran dengan Hotel Baron.
Lama jugak shopping kat HIG ni. Orang ramai sangattt... Ini bukan musim cuti sekolah, kalau cuti sekolah, lagilah berasak-asak. I is the tak suka....
Lepas tu, ke Dataran Lang, dah sampai Langkawi takkan tanak ke sini kan. Sampai maghrib jugaklah dok pulun bergambar kat sini. Tapi, MZ tepek sikit je lah, sat lagi ada pulak yang nangis tengok gambar MZ bebanyakkan.
Helang menunjukkan bontot
Tengah pose tahap model, Dikdik datang sergah. Macam ni lah gaya dia... Kuikuikui.. Cari benda yang tersembunyi...
Kenapa Abah tadak ? Abah dok duduk kat walkaway dekat dengan air pancut tadi. Biasa dah katanya.. Anak-anak yang pulun.. kuikuikui
Haaaa... sudahlah sikit-sikit.. Sat lagi ada pulak yang jatuh cinta, nayaaaaa...
Misi seterusnya mencari Restoran Bamboo yang dikatakan famous di Langkawi. tapi, sampai sudah tak jumpa. Memang jumpa beberapa restoran yang bernama Bamboo, tapi kesemuanya adalah tidak sama seperti yang MZ cari.
Sebab semua orang dah mula lapar, kami berhenti jugak di Restoran Bamboo yang berdekatan dengan Hotel Baron di Pekan Kuah. Alaa.. yang dekat dengan Pasar Malam Kuah tu.
Makan kat situ, boleh dikatakan sedap dan cepat. Janji perut kenyang.. Buat pusingan malam sikit di Langkawi dan terus pulang ke Hotel Nagoya.
16 comments
dah lama x pi Langkawi. Rindunyaaa..!! ada lagi x gmbq langkawi.
ReplyDeleteSelit la skali gmbq orang2 langkawi. hhehehe
Ada2.... tunggu nanti na gambaq orang langkawi.. dia dok mai dahhhh
DeleteBest jalan dengan family.. Dpaat bonding..
ReplyDeleteNanti akan ku sampai juga ke Langkawi nie..
Betul... hari biasa susah nak jumpa walaupun dok serumah...
DeleteIn sha allah.. ada rezeki, sampai jugak
Bestnya cuti-cuti langkawi! Laksa tu menggoda sungguh!
ReplyDeleteBest sebab kali ni ikut kepala anak2.. hahaha
DeleteLaksa tu wajib try...
Bukan main lagi cik kak posing sama burung helang tuh 😊
ReplyDeleteburung helang ajak posing, cik akak layan je lah... ngeh2
DeleteLamanya x g holiday dengan family. Suka tengok stail adik Firah,sempoi n selamba je. Tapi kakak tetap control ayu macam model.haha
ReplyDeleteHahaha.. dia memang cam tu.. tulah akak dia bebajet sikit.. ngeh2
Deletelama tak p lgkawwi..
ReplyDeletebanyak dah perubahan kat langkawi
DeleteWah! Boleh call no tu kalau nk sewa kereta
ReplyDeleteBoleh2... akak tu memang bagi layanan superb
Deletetq kongsi no telefon kut2 mana taw leh guna nanti.. :)
ReplyDeleteIn sha allah.. kot2 nanti sampai sana, boleh guna service akak tu
DeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^