Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung Ramadan Buffet by Lexis Hotel, Teluk Kumbar
8:10 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Antara hotel di Penang yang menyediakan juadah berbuka puasa ialah Hotel Lexis, Teluk Kumbar. Hotel yang terletak di tepi pantai, mempunyai pemandangan yang cukup indah. Dengan angin pantai yang mendayu-dayu, asyikkk...
Hotel Lexis menyediakan 100 lebih juadah untuk berbuka puasa. Banyak kan ? Banyak sangattt... Sampai tak tau nak pilih yang mana satu. Antara makanan yang wajib dimakan disini ialah, Char Koay Teow Kambing, Sup Gearbox, Shawarma Ayam, Kuzi Daging, Assam Pedas Ekor Lembu dan Ikan Panggang
Peluang yang diberikan oleh pihak Hotel Lexis, tidak akan dilepaskan. Marilah kita jamu mata dengan juadah yang ada sewaktu berbuka puasa nanti. Dengan harga yang sangat berpatutan, RM68 nett untuk orang dewasa dan RM40 nett untuk kanak-kanak dan warga emas yang melebih 55 ke atas. Untuk early bird pulak, voucher bernilai RM58 nett boleh didapati. Tapi, voucher tu hanya untuk 1000 orang terawal. Jadilah antara orang yang terawal tu.
Suka diingatkan, pihak Lexis jugak memberikan 15% diskaun untuk in-house guests sepanjang bulan Ramadhan ni. Berbaloi-baloi kan ? Setiap tiket yang dijual akan disumbangkan RM2 kepada anak yatim. Dalam tak sedar, anda juga turut menderma.
Asyik cerita ja, meh tengok antara juadah yang disediakan. Terdapat lebih dari 100 juadah yang disediakan. Wow ! Banyaknyaaa.. Mampu ke nak makan semua sekali tu ? Kalau tak mampu, kenalah datang bebanyak kali.
Masak lemak telur ikan... yummeh !
Antara signature dish disini. Wajib try !
Eh ! Tak raya lagi, kek raya dah keluar... yang ini pun sodap.
MZ suka bubur lambuk Lexis. Kena pulak dengan telur masin, aum ! Kalau berbuka puasa di Lexis, silalah cuba menu bubur lambuk ini ye.
Pelita yang menyinari malam MZ... kuikuikui
Antara signature dish di Lexis yang wajib kena cuba ialah, sup gear box, char kuey teow kambing, shawarma ayam, kuzi daging, asam pedas ekor lembu, dan ikan panggang.
Sepanjang bulan Ramadhan jugak, pengunjung boleh mmeluangkan masa di Lexis dengan harga bilik yang bermula dari RM340 semalam. Wow ! Harga yang lain dari biasa, yang hanya boleh didapati pada bulan Ramadhan. Jadi, jangan lepaskan peluang ini hokey na baaa...
4 comments
Bila nk lanje berbuka 😜
ReplyDeletesinggah n follow sini.. ^^
ReplyDeletehttp://www.mohdnoorshawals.com/
sedap sangat semua juadah tu .. salam singgah ,
ReplyDeletewahhh, sedapnyer juadah iftar kat hotel tu naa., ;p
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^