ICONIC HOTEL RAMADHAN BUFFET REVIEW
2:33 PM
Assalamualaikum. Holla ~
Bila tibanya bulan Ramadhan, berlumbah-lumbalah hotel serta restoran untuk mengadakan buffet Ramadhan. Dalam banyak-banyak hotel serta restoran yang mengadakan buffet ni, mesti diantaranya menjadi pilihan kita. Kenapa.. ? Antara sebabnya ialah, rasa makanan itu sendiri, pilihan makanan dan tentunya harga yang ditawarkan.
Untuk orang Penang, khususnya orang Seberang Perai, tau tak Iconic Hotel menawarkan buffet Ramadhan dengan harga yang berpatutan dengan pilihan makanan yang sangat banyak. Terdapat lebih 160+ lebih jenis makanan. Memang banyak sangat, terlampau banyak sampaikan tak tahu yang mana satu untuk dimakan.
Bagi yang masih tidak mengetahui, dimanakah letaknya Iconic Hotel ni, meh MZ kongsikan ye. Ianya terletak di Icon City, bandar baru yang terletak berhampiran dengan Bukit Tengah. Ishh.. Tak dapat bayangkan ? Nah ! MZ bagi Google kongsikan tempatnya..
Sila ikut peta diatas untuk memudahkan pencarian. Tapi, Iconic Hotel ni memang senang nak cari, dari lebuhraya Utara-Selatan dah nampak bangunan gah hotel ni.
Meh tengok antara makanan yang disediakan di Ramadhan Buffet yang disediakan di Iconic Hotel.
Rojak
Bubur lambuk pun sodap !
Sup berempah
Lai ci kang penyejuk tekak.. Mesti terjah ni dulu kan kalau time panas.
Can't move on with this. Kuah durian ittew, sedap sangat. Umangaiiiii ! memang terasa duriannya.. rasa nak tambah bebanyak kali, tapi malulah pulak. Recommended, and hampa mesti kena cuba menu durian Iconic Hotel ni. Ada lagi series durian. Wait and see hokey naa baaa ~
Ayam percik.. nomnomnom
Gado-gado tapi jangan gaduh-gaduh ye..
Ni antara sebahagian dari menu MZ. Ketupat dan serunding pun sedao, Bonda tercinta siap ulang dua kali. Hahahaha...
Aneka kerabu.. Cuba teka apa benda bulu ayam tu ? Sapa dapat jawab, MZ bagi upah.. Heee..
Ayam Pandan
Belanja muka kenyang kami bertiga......
Nak habaq laa.. ni section yang paling MZ suka. Sebab ada sesuatu yang memang buat tekak MZ teringat sampai hari ni. Apa lagi kalau bukan durian series.
Cream puff durian dan tart durian... Sedap baq hang ! Herghhhh... Rindu la hai kat cream puff durian dan tart durian ni. Rasa durian yang agak kuat, dengan keenakan puff dan tart itu. Memang antara menu wajib cuba kat Iconic Hotel.
Boleh dikatakan kesemua menu di Iconic Hotel sedap, dan sangat sedap. Dengar katanya, untuk early bird, voucher hanya RM48. Cepatlah jadi salah seorang dari early bird tu. Serius tak rugi. Cepat call 04-5059988 untuk membeli voucher ni.
Terima kasih Ms Joanne diatas jemputan ini. Terima kasih diatas layanan yang baik dari staff Iconic Hotel dan makanan yang sedap sangat.....
4 comments
sedapppp durian tu.. ahahah rugi tak ambil. sob2
ReplyDeleteHaaaa.. sebaik kena paksa makan, kalau tak rugi tak dapat rasa keenakkan durian series tuuu
Deletesedap tengok makanan
ReplyDeletememang sedap pun
DeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^