Sinaran Ramadhan Buffet Dinner At Straits Cafe, Ixora Hotel Penang
9:48 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Masih dengan entri lokasi untuk berbuka puasa Ramadhan nanti. Sebut je Ramadhan, mesti nak menyanyi lagu marhaban ya Ramadhan, dah sinonim dah. Dalam kesibukkan kita menantikan Ramadhan yang bakal menjengah, Ixora Hotel turut meraikan kedatangan Ramadhan dengan mengadakan Sinaran Ramadhan Buffet Dinner yang diadakan di Straits Cafe and Lounge.
MZ suka dengan persekitaran di Straits Cafe and Lounge, selesa dan tidak sesak. Jarak antara satu meja ke meja yang lain pun besar, selesalah pendek katanya.
Sinaran Ramadhan Buffet Dinner akan bermula pada 1st June 2017 sehingga 21st June 2017. Hampa mempunyai tarikh yang panjang untuk memilih tarikh yang bersesuaian untuk menikmati juadah yang disediakan di Straits Cafe and Lounge, Ixora Hotel ini.
Pihak Ixora Hotel telah mengadakan kelainan pada kali ini dengan menukar 4 jenis menu setiap hari. Jadi, sekurangnya kalau hampa mai 4 hari berturut-turut, menunya tidak akan sama.
Dengar khabarnya, chef-chef di Ixora Hotel ni telah memenangi beberapa award baru-baru ni dan antara kategorinya ialah Juadah Melayu Tradisional, Juadah Melayu Moden, Kerabu, Menu Utama Asia (Daging) dan beberapa lagi. Maka, sudah tentunya juadah yang disediakan bakal menambat selera anda.
Antara menu wajib di Ixora Hotel ialah:
a) Kerabu Ayam Bercili
b) Sup Ekor berjintan dengan Roti
c) Nasi Hujan Panas
d) Ayam Masak Merah Madu
e) Ikan Patin Masak Tempoyak Daun Kesom
f) Beriani Udang
g) Shawarma Ayam
h) Kambing Panggang Golek
Selain itu, terdapat lebih 16 jenis kuih muih pilihan harian yang terdiri daripada kuih manis dan pedas. Tapi, yang menjadi kegilaan MZ sudah tentunya kek tiramisu dan puding kopi. Awat sedap sangat.. MZ memang tak boleh move on dengan rasanya.
Kambing panggang golek Ixora Hotel memang tak pernah kalah. Kesemua gravy nya sedap sekali, boleh saja dimakan digabungkan kesemua serta dimakannya sekali.
Waktu makan ialah dari jam 7.00 pm sehinggalah jam 10.00pm. Voucher dijual pada harga RM 82 nett (dewasa) dan RM 52 nett (kanak-kanak) 4 to 12 tahun. Voucher untuk boleh dibeli pada harga RM 82 nett untuk seorang dan dapatkan (9+1 promotion) Per booklet yang dijual pada RM 738 nett.
Sila hubungi 04-3828888 atau emailkan kepada info@ixorahotel.com. Boleh jugak Follow Ixora Hoel di Facebook dan Instagram.
Ixora Hotel jugak turut menyediakan cabutan bertuah untuk pelanggan yang disayanginya. Antara hadiahnya ialah
Grand prize – Motorbike (SYM E Bonus 110)
2nd prize – Sharp 40’’ TV
3rd prize – Sharp air purifier
Manakala bagi cabutan bertuah setiap hari pula, bakal membawa pulang Ramadhan buffet dinner voucher untuk digunakan pada kunjungan berikutnya.
2 comments
ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
ReplyDeleteALHAMDULILLAH..!!
saya bersyukur kpd Allah SWT.
atas keberhasilan PENARIKAN UANG
GHAIB.setelah melalui proses panjang &
sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
dngan catatan:
1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
2.tidak untuk memperkaya diri
3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
--------------------------------------------------
bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
silahkan menghubungi (PAK KYAI MAULAN ) DI NMR
( 085-210-001-377 )
atau Atau Atau klik disini
Atau mau di bantuh togel 2D 3D 4D 5D 6D di jamin 100% tembus
الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
sedappp... rugi pulak tak makan cornetto dgn mee mamak
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^