PROMO BUFFET RAMADHAN EASTIN HOTEL, PENANG
1:23 PM
Assalamualaikum. Holla ~
Dah nak masuk bulan May dah, tak lama lagi kita bakal berpuasa. Haaa.. yang perempuan tu, dah habis ke ganti puasanye ? Yang laki pun apa kurangnya, ada jugak yang tinggal an. Jangan nak geleng kepala sangatlah. Cepatlah ganti, ada berapa hari je lagi ni sementara Ramadhan tiba..
Bersempena dengan Marhaban Ya Ramadhan, Eastin Hotel telah mengadakan Promo Buffet Ramadhan yang bertemakan Kembara Desa. Suka diingatkan yang ini hanyalah promo, jadi tak semua juadah ada ye, kalau nak semua, sila datang ke Buffet Ramadhan Eastin Hotel.
Yang tak pasti, yang tak berapa nak yakin Eastin Hotel tu kat mana, MZ kongsikan lokasinya agar memudahkan kalian ye.
Lokasi dah tahu, meh MZ kongsikan apa yang Eastin Hotel ketengahkan pada Ramadhan kali ini. Seriously, MZ rambang mata dengan segala juadah yang terhidang, tak sempat pun nak merasai kesemuanya memandangkan, perut comel ni sabotaj tuan dia, dah tak mampu lagi dah.
Ada pelbagai jenis juadah yang terhidang dan sememangnya Malaysian Food. Kerabu pun dah berapa jenis kerabu, ulam-ulaman pun sama, mee curry, laksa, satay, kambing bakar beratur tu antara juadah yang menjadi tarikan di Eastin Hotel ni.
Ada pelbagai jenis juadah yang terhidang dan sememangnya Malaysian Food. Kerabu pun dah berapa jenis kerabu, ulam-ulaman pun sama, mee curry, laksa, satay, kambing bakar beratur tu antara juadah yang menjadi tarikan di Eastin Hotel ni.
Cekodok pisang pun antara juadah yang laris malam tu. Sempat ambil 2 biji je, then MZ nak amek lagi untuk round kedua, dah clear bekas tu. Jadi, kolah hampa berbukak puasa di Eastin Hotel, cekodok pisang ni antara juadah wajib try naa...
Dah kenyang dan bakal tersandar dengan senang hati, maniskan mulut dengan aneka manisan, ada kuih Melayu, kek, pudding dan sebagainya. Dan yang paling MZ ingat untuk juadah manisan, ialah Um Ali...
Ni juadah yang telah berjaya MZ hadam. Gravy untuk kambing bakar beratur tu, semuanya sedap. Ada 5 jenis semuanya, dan semuanya sedap-sedap belaka. A must try menu at Eastin Hotel.
Dan beberapa juadah lain lagi. And like serious,ada beberapa menu yang bebetul melekat di hati, minda MZ. Hampa tak mau try ka ?
Sambil makan, hampa akan dihidangkan lagu yang lunak yang boleh dijadikan halwa telinga oleh Venus Combo. Untuk ada promo tau untuk early birds Buffet Ramadhan ni, cuma RM 95 instead of RM120. Kalau nak tau jadi the early birds, boleh check FB Eastin Hotel.
Ni antara guest dab staff yang memeriahkan suasana malam tu. Nice service from them, a very warm welcome.
So, guys and lads, don't forget to check their FB, Eastin Hotel hokey naa baaa ~
6 comments
Dah pose ganti? Ha ha ha
ReplyDeleteya allah sedap sungguh nih makanan .
ReplyDeletealhamdulilah puasa ganti dah selesai... nampak sedap2 makanan kat sana
ReplyDeleteNampak sedap semuanya
ReplyDeleteKambing n um ali tuuuuuuuu
ReplyDeleteKambing tu ohsem.. memang mengancam..
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^