CITARASA BONDA BUFFET DINNER at NEO PLUS HOTEL
10:17 AM
Assalamualaikum. Holla !
Biasalah.. Nak masuk bulan Ramadhan, blogger punya kerja susun hotel yang menyajikan juadah berbuka puasa. Turut tak ketinggalan, Hotel Neo Plus yang terletak di Jalan CY Choy.
Hotel yang terletak di tengah bandaraya Georgetown, mempunyai keunikkan yang tersendiri. Menu juadah berbuka puasa di Hotel Neo Plus akan bertukar dari sehari ke sehari. Upss ! Untuk 5 hari je menu akan bertukar, kemudian, menu akan kembali kepada menu pada hari yang pertama. Okey lah kan, pelanggan boleh memilih untuk menikmati juadah yang digemari. Satgi, kalau banyak sangat pun tak termakan juga.
Kalau yang tak tahu tu Hotel Neo Plus tu kat mana, no worries babeh ! MZ akan kongsikan hasil carian Google MZ untuk kalian. Follow maps kat bawah hokey.
Mempunyai ruang yang sangat selesa dan berpenghawa dingin, Hotel Neo Plus adalah salah satu pilihan untuk hampa berbuka puasa. Jom tengok antara juadah yang dihidangkan pada hari pertama. Sila berhati-hati dengan air liur hampa, nanti basah habis keyboard, dah kena beli yang lain.
Aneka jenis sambal. Eh ! Budu dikira sambal jugak ka ? Entah la.. Tapi memang ada pelbagai pilihan untuk sambal, ada sambal belacan, air asam, sambal kicap, sambal mangga dan sebagainya.
Yang ini antara juadah kesukaan MZ kat Hotel Neo Plus ni. Kalau hampa berbuka disini, dan menu Soto Ayam Indonesia ni ada, hampa wajib try. Sedapnyaaaa...
Ni antara juadah yang berjaya MZ hadam kat Hotel Neo Plus. Untuk yang berminat untuk berbuka puasa di Hotel Neo Plus, bolehlah menghubungi nombor 04-2551000 ext 1103 untuk mendapatkan voucher berbuka puasa di sini.
10 comments
peuwwww ! byk nya menu ! =D
ReplyDeleteboleh tahan banyak.. kembung perut
DeleteK.farah suka betul laksa cina depa..terangkat habis..;p
ReplyDeleteApa yang terangkat tu ? cer cita cer citaa
DeleteWah..sedapnya, dahla tengah lapar ni
ReplyDeletehttp://tarotthefool.blogspot.my/2017/04/supplement-terbaik-untuk-lelaki-abad.html
perghh... terlioq abaq hang... hehehe
ReplyDeleteFuhhhhhh! Merecik-recik air liur dibuatnya 😂
ReplyDeleteAlhamdulillah, murah rezeki sebagai blogger. Duit dapat, makan dapat.
ReplyDeleteAbis la diet i 😜
ReplyDeletesedapnya nampak makanan kat hotel
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^