BUDGET TRIP KRABI DAY 1 PART 1

9:30 AM

Sambungan entri sebelum ini boleh jenguk kat SINI..

Assalamualaikum. Holla ~

Cerita bersambung... Flight PEN-KL terawal sehari, jangan tanya kenapa hokey. Flight KL-Krabi diatas kertas adalah jam 1715H dan dijangka tiba di Krabi dalam jam 1715H. *Thailand lambat sejam*

Disebabkan cuaca buruk di Singapore, makanya flight pun terpaksa ditangguhkan, sejam jugaklah kami bertiga bertapa dekat bilik menunggu tu. Uish ! Kembang kempis, kembang kempis je jantung MZ, sebab terpaksa mengubah plan yang telah lama diatur.

Cadangnya, jejak je kat Krabi, dah siap check in, nak pi survey tiket untuk acara air esoknya, dan acara darat sekalilah. Dah kalau sampai lewat, macam mana nak survey, nampak sangat nak kena grab je apa yang hado. T_T
Sebelum MZ, terlupa, MZ nak mintak maaf sebab gambar tak berapa nak hado, sebab Ipong MZ menyelam sekali dengan MZ setelah sekian lama, makanya segala gambar turut belayar jua. Grrrrr....

Kami tiba di Aiport Krabi agak matahari dah nak terbenam. Urusan imigresen kat sana cepat dan mudah. Turun je escalator dari imigresen tu da ada kaunter tiket bus dan van serta pakej yang berkaitan kalau korang berminat.

MZ memang dah niat nak naik bus je, kata percutian budget. Harga tiket bus dari Airport Krabi ke bandar Krabi, dalam 90 baht seorang. Busnya agak selesa dan berhawa dingin, tapi bus akan jalan apabila semua penumpang penuh. Nasiblah tak tunggu lama sangat hari tu. Phew !

Kalau datang Krabi, boleh pilih untuk tinggal sama ada di Krabi mahupun di Ao Nang. Krabi agak pekan berbanding Ao Nang yang lebih dekat dengan pantai. Setelah penat MZ memerah otak,  dan membuat survey, *thank you Kak Sal* akhirnya MZ memilih untuk stay di Krabi. 

Kenapa Krabi ?

Sebab flight nak balik nanti, agak awal pagi , dan MZ takut kami semua keletihan, nanti susah pulak bangun pagi. Kalau Krabi, dekat sikit kalau nak F1 pun, taklah jenuh sangat nanti. Kikiki...

krabi, back packing, ao nang, emerald  pool, blue pool, cara mudah nak ke krabi, trip budget ke krabi, budget ke krabi, pakej snorkelling di krabi, ao nang, apa yang best di krabi, night market krabi,
Keadaan dalam bus

krabi, back packing, ao nang, emerald  pool, blue pool, cara mudah nak ke krabi, trip budget ke krabi, budget ke krabi, pakej snorkelling di krabi, ao nang, apa yang best di krabi, night market krabi,


Perjalanan dari Aiport Krabi ke Bandar Krabi mengambil masa lebih kurang 45 minit, seingat MZ bus ni memang tidak berhenti di mana-mana bus stop di tengah jalan. 

Sampai je kat bus stop Banar Krabi yang kecik comel tu, kami agak tercengang, tadak orang nak serve, tadak orang nak layan. Bila keadaan dah settle down sikit, baru tanya kat sorang lady ni, dai cakap guest house kami dekat je, 5 minutes walking. Aisey ! Kalau MZ tahu, tak payah nak cangak kat situ lelama.

Lady tu tanya pasal tour package, sebab dah malam and masa dah suntuk, MZ setuju je untuk ambil pakej 2 hari dengan dia, sehari kat air, sehari kat darat. Ada pelbagai pakej yang disediakan, boleh tengok dekat booklet yang diberikan.

MZ amek pakej dari Barracudas Tour untuk ke 4 Islands. In sha llah, repeat lagi nanti nak ke Phi Phi Island pulak.

Setelah bargain, harga dapatlah dikurangkan kepada 600 baht seorang dan pakej untuk darat pun dapat diskaun jugak. Total untuk pakej air dan darat dalam 1350 baht seorang. 

Dah selesai semuanya, kami terus berjalan ke guest house yang hanya 5 minit perjalanan. Letih aihhh... Nanti MZ sambung lagi naa... Bagi MZ rehat sat...

Skodeng entri sebelumnya disini...


You Might Also Like

2 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored