JJCM .:. TEMPAT MAKAN BEST TEA BOSS, SUNGAI PETANI
3:30 PM
Assalamualaikum. Holla ~
Drink tea like a boss. Gittew lah slogan Tea Boss ni.
Dah beberapa kali cuba untuk menjejakki Tea Boss ni, tapi percubaan gagal. Memandangkan Dikdik balik baru ni, dan memang ada hal nak kesana, maka misi pencarian haruslah diteruskan. Dah tak familiar kat kawasan tu, susahlah sikit mencarinya, nak pulak Google Map yang mintak dilempang, sabor je lah.
Sewaktu sampai di Tea Boss, cuma ada beberapa pelanggan sahaja, nak dijadikan cerita, memang sampai nak balik cuma ada beberapa sahaja, tidaklah full of house. Awal lagi kot, lebih kurang jam 5.30 petang gittew. Senang sikit kan nak makan, nak order, nak sembang-sembang.
MZ order, seafood agli olio, Dikdik order, chicken parmigiana dan bonda tersayang order some sort of spaghetti tapi MZ lupa nama menu dia. Pilihan makanan yang disediakan disini, agak banyak, rambang mata jugak MZ untuk memilih, begitu jugak dengan pilihan airnya. MZ memilih untuk memesan, chocolate banana, Dikdik macam biasalah, milk tea dan bonda tersayang chocolate campur coffee yang sekali lagi MZ lupa namanya. Dan sebagai tambahan, M order spicy chicken wings.
Untuk air MZ, MZ memang berpuas hati, sedap angat-angat chocolate banana tu sampai bonda pun terngigau-ngigau dengan kesedapannya. Ups ! Kat sini semuanya jenis air gelas besar yang pernah viral suatu ketika dulu, kalau rasa tak habis, kongsilah untuks atu gelas yang besar tu. MZ dengan bonda pun tak habis, siap usung merata air tersebut.
Makanan sampai pada waktu yang bertepatan, saat perut MZ baru hendak mula bernyanyi riang.
Spicy chicken wings & pasta bonda
Seafood agli olio
Chicken parmigiana
Tidak dinafikan, hidangan makanan disini, memang besar, termonyeh-monyeh lah nak habiskan sepinggan tu. Pinggan Dikdik dah macam hujan fries. Kikiki.. Gravy pun banyak...
Ayam goreng tu memang crunchy, MZ sukaaa !! Nak pulak wings yang menjadi kegilaan MZ. Padanan sos dan ayam memang ada umph nya ! Sos tu tak manis sangat dan tak pedas sangat, sweet bak kata game Candy Crush.
Seafood agli olio dan pasta bonda pada dasarya ialah hidangan yang sama, cuma lauknya sahaja yang berbeza. Bagi penggemar, agli olio, MZ rasa rasa pasta di Tea Boss ni biasa sahaja, MZ pernah rasa yang lagi sedap dari ini, bahkan air tangan MZ sendiri, lagi sedap rasanya. *sekali sekala masuk troli, sila layankan ye*
Dikdik punya MZ rasa sedap jugak, tapi Dikdik cakap chicken parmigiana nya biasa sahaja. Apalah nak dikira sangat dengan budak yang satu itu, semua restoran yang menjanjikan makanan yang sedap, akan diterjahnya. Gravy tak pahit macam disesetengah tempat lain.
Secara keseluruhannya, MZ bagi 3 bintang, dek kerana keselesaan, servis yang pantas dan baik hati, serta chocolate banana yang daebak. Mungkin MZ kena order specialty Tea Boss lepas ni untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Atau mungin pada hari tersebut, chefnya kurang sihat, jadi mempengaruhi rasa makanan.
Anda rasa, anda nilai.. jangan nilai berdasarkan apa yang MZ rasa, kerana rasa sudah tentunya tidak sama.
Ni MZ kongsikan lokasinya berserta model untuk memudahkan pencarian JJCM korang.
8 comments
mcm menarik... makanan pon nmpk sedp ja
ReplyDeletesinggah SP, singgah Tea Boss.. hihi
Deleteaida lom pernah sampai SP tua tua ni.
Deletedulu time bebudak ikot mak abah :)
Yang sini dan big mouth mana lagi sedap yer? pernah pergi big mouth tak
ReplyDeleteBig mouth pernah dengar je,rasa belum lagi..
Deletesg petani ye. mcm dekat. nt2 boleh lah singgah jugak hihihi
ReplyDeleteAlahai.. sedapnya pasta dia..
ReplyDeletealamak tengah lapar ni Miamooor hehe..
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^