JJCM .:. TEMPAT MAKAN BEST PONDOK STYLE, SUNGAI ARA
12:17 PM
Assalamualaikum. Holla ~
Gerai Pondok Style ni agak famous sebenarnya dikalangan warga-warga industrial, tapi MZ lambat jugak mengenali Pondok Style.
Sesi ice breaking antara MZ dan Pondok Style, hanyalah melalui delivery. To be honest, makanan dia memang superb ! At first, MZ order laksa Thai, sampai sudah laksa Thai tu menjadi igauan. Selain laksa Thai, ada jugak laksa Utara, pulut ayam dan mangga, nasi kerabu dan nasi pandan.
Menu pilihan, memanglah tidak banyak, tapi gerai comel di tepi balai polis Sungai Ara dan berdekatan dengan Sekolah Cina Sungai Ara ni, memang tak lekang dengan orang. Kaki dan tangan di Pondok Style ni dah la dari kalangan ahli keluarganya, jadi service kat sini agak lambat, namun tetap memuaskan hati apabila dapat makanan yang menggembirakan jiwa.
Adalah dalam 2, 3 kali jugak MZ sempat singgah ke sini time lunch sebelum MZ sendiri melabuhkan tirai.
Kali pertama, hajat hati tak kesampaian, laksa Thai, kuahnya tak siap lagi, lalu laksa Utara menjadi pilihan. Sedap baq hang ! Memang sedap. Walaupun sebenarnya, MZ tak suka laksa yang bersaiz 'haluih" tapi, di Pondok Style, laksa "haluih" ni lah yang menjadi kegilaan.
Tidak dilupakan cendok pisang yang menjadi signature Pondok Style. Menu wajiblah kalau singgah ke Pondok Style ni. ABC dia pun sodap ! MZ suka ABC kalau aisnya dikisar halus, aum ! Laju je telan ailio.
Second time p, dapatlah pekena laksa Thai. Siap amek yang special. Apa lebihnya laksa Thai special ni ? Haaa.. yang special ni, lebih laksa dan lebih kuah, telur pun sebijik. Yums ! Puaih aih makan. Kenyang sampai malam. Tipu
Kali ketiga, MZ tak bawak Ipong, bawak Samseng yang tadak camera tu ja. So, tak de lah gambornye. Tapi, nak ceritanya, tiap kali ke Pondok Style tu, memang tak pernah mengecewakan dari segi rasanya, tapi dari segi service nya, mohon bertabahlah ye. Nak2 kalau full house.
Nah pakai map ni untuk kesana, lokasi gerai Pondok Style memang bebetul bersebelahan dengan balai polis Sungai Ara.
6 comments
nasi kerabu dia pon sedap
ReplyDeletetak pernah try
Deleteselalu tengok kawan2 update makan kat sini..nak kena singgah juga laa sebab dekat ja dgn rumah akak
ReplyDeletesebab dekat la kena singgah.. tapi biasanya ramai
DeleteSemua makanan dia sedap lah dik MZ,,,
ReplyDeletemenu nya kebanyakkan memang sedap... mabelessss
DeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^