PAMERAN ARTIFAK RASULALLAH SAW & PARA SAHABAT
9:00 AMTidak semua orang diberikan kesempatan untuk melihat sendiri artifak Rasulallah saw dan para sahabatnya yang berada nun jauh beribu batu. Beruntunglah bagi mereka yang sempat melihatnya sendiri.
Alhamdulillah. Dengan kerjasama Denai Hati, artifak Rasulallah saw dan para sahabatnya telah dibawa terbang jauh ke Asia Tenggara dan alhamdulillah jugak kerana MZ sendiri telah diberi peluang untuk melihatnya dengan mata sendiri.
Sebak. Itu yang boleh MZ gambarkan. Sambil tengok artifak tersebut, didalam hati tak berhenti berselawat kepadanya. Ya Allah, MZ adalah salah seorang daripada insan terpilih untuk menyaksikannya sendiri.
Yang paling terkesan dalam hati MZ adalah yang ini.
Darah bekam Rasulallah saw. Tetiba rasa dekat dengan walau hakikatnya jauh panggang dari api. Ada pelbagai lagi artifak Baginda serta para sahabat. Kat sini, MZ hanya kongsikan beberapa sahaja.
Korang tanak tengok ke artifak ni ? Tanak tau ke apa lagi yang ada kat Pameran Artifak Rasulallah saw dan para sahabatnya ni ? Kalau nak, masih berlangsungnya pameran ini di Muzium Negeri Kedah dan kemudiannya bakal ke negeri Selangor pulak. Jadi, orang Selatan dah boleh bersiap sedia dengan kehadiran pameran artifak ini.
Lokasi di negeri Selangor, MZ akan kongsikan nanti ye. Terima kasih Denai Hati kerana telah memberi peluang kepada MZ dan familia Projek Blogger Utara yang lain untuk merasai berada di pameran artifak ini.
7 comments
bagus ada pameran macam ni.. lebih bnyak kita boleh tahu tentang Baginda SAW
ReplyDeleterasa nak nangis ja kt sana
ReplyDeletebestkan dapat tengok ni kan. saya first time tengok artifak peninggalan Rasulullah saw masa kat Turki dulu..rasa sangat kagum & sangat sayang kepada Rasulullah bila dapat tengok benda2 ni depan mata
ReplyDeletepameran yg sangat berharga dan beruntung dpt menyaksikan pameran mcm nie. Fiza jemput untuk meriahkan GA jemput meriahkan http://ourmemoria.blogspot.my/2017/04/giveaway-dior-miniature-perfume-mini-by.html
ReplyDeleteberutung sangat dapat pergi kan
ReplyDeletealhamdulilah dah pi tengok mula2 pembukaan
ReplyDeleteseronok dpt tengok secara dekat
subhanallah
Seronoknya dapat pergi Pameran cengginie..
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^