BUDGET TRIP KRABI- PLACE TO STAY
9:07 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Entri terkahir untuk entri Krabi. Entri ni memang cerita pasal penginapan kami sepanjang disana. Dan MZ memilih untuk menginap di P.N Guesthouse ni sebab.... Dah tak banyak pilihan, kalau ada pun, mahal.. Sebab masa tu dok berkira-kira nak stay di Ao Nang ni Krabi, makanya jadilah macam ni. So, you guys, buat pilihan awal untuk stay di Ao Nang atau Krabi supaya dapat memilih hotel atau rumah penginapan mengikut bajet atau kriteria lain.
P.N Guesthouse ni memang dekat sangat dengan bus stand Krabi, jalan kaki ada laa dalam 10 minit. Dekat je ~ Kalau dari bus stand, dah nampak P.N Guesthouse ni. Untuk yang memilih untuk naik bus, lepas tu nak tempat penginapan yang dekat dengan bus stand, MZ memang suggest P.N Guesthouse. Tapi, pasti kan kaki anda kuat untuk mengorak langkah ke Krabi Night Market.
MZ tak ingat pulak MZ gunakan aplikasi apa untuk menempah P.N Guesthouse ni, yang penting tiada deposit dan bayar di kaunter. I like !
Nama pun guesthouse, janganlah expect macam hotel pulak ye. MZ debik satgi... Walaupun guesthouse, banyak jugak bilik dia. Bilik pun boleh tahan besar.. Sepanjang 3 malam, MZ telah memilih bilik yang mempunyai katil bujang, lasak lah hampa sensorang atas katil tu. Toilet berada didalam bilik dan agak luas.
Atas sikit dari 7Eleven tu ja bus stand nya. Alah ! Dekat je jalan, tak terasa pun... Kabel letrik tu memang biasa kalau kat Thailand.
Terbahagi kepada 2 bahagian, bahagian atas (bangunan hijau) dan bahagian bawah (bawah signboard).
Bilik bahagian bawah.
Kalau tanya MZ puas hati tak dengan penginapan di P.N Guesthouse ni, apa yang MZ boleh cakapkan, berbaloi untuk harga. Harga pun murah, jadi janganlah mengharapkan yang lebih. Yang tak bestnya, soket ada satu, jadi kalau letak extension yang dibawak dari Malaysia, TV memang tak boleh bukaklah.
Air panas boleh ambil di lobi aka receptionist counter. Air kosong pun ade jugak. P.N Guesthouse turut menyediakan pakej untuk ke pulau-pulau yakni pusat tarikan pelancong. Harga ? MZ tak pasti sebab MZ sudah membuat tempahan kan, maunya murah lagi, bernanah telinga, bengkak hati. Untuk mengelakkan hal sedemikian berlaku, MZ mengunci mulut untuk hal yang satu itu.
Satu lagi yang MZ kurang suka, tiada penyapu. Yela ! Balik basah-basah, confirm lah pasir pantai nak ikut balik sekali, jenuhlah guna kain la kaki untuk menyapu pasir tersebut.
Katilnya agak empuk, memang lena kami bertiga, nak pulak aktivit yang agak penat di siang hari. Haaa.. satu lagi, water pressure di P.N Guesthouse, agak rendah. Shower terasa kurang umphh nya dek pressure tersebut. Kalau hampa jenis tak kisah, layanlah jelah. At first MZ memang tak puas jugak, tapi layankan aje...
So, itu jelah cerita tentang penginapan the ladies di Krabi, P.N Guesthouse. Untuk skodeng entri lain, boleh klik kat bawah ye..
1 comments
aida dtg terjah :)
ReplyDeleteada masa skit ni hah...
satu hari kekadang dpt blogwalking 3-5 blog jer.
tapi memang qada' baca semua entri la.
ni baru nak start baca krabi zafirah ni :)
yes. kabel elektrik diorang Allahu Akbar i tell u.
seram!
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^