belVita Breakfast Biscuits .:. Banana & Oats

8:53 AM

Assalamualaikum... Holla ~

Good morning uolls ! It's Monday, no more Monday blues okey.. Ni hampa ni dak breakfast ke ? Breakfast apa tadi ? Macam MZ, MZ suka breakfast yang ringan, tapi mengenyangkan, macam oat, biscuits etc.

Salah satu daripada menu breakfast MZ ialah biscuit belVita. MZ pernah review dah dalam entri dedolu, kalau tak baca lagi, bolehlah singgah entri BELVITA BREAKFAST , A PROPER DIET. Kini, Mondelēz Malaysia (Mondelēz), iaitu sebahagian daripada syarikat pengeluar snek terbesar di dunia Mondelēz International, hari ini memperkenalkan produk baharu bagi rangkaian biskut belVita Breakfast, iaitu belVita Pisang & Oat (belVita Banana & Oats). Wow ! Pisang dan oat adalah satu gabungan yang hebat sebagai breakfast MZ.

Dengan menggabungkan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaharu ini, ia dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat untuk menyediakan sarapan yang lazat dan seimbang. Tambahan pula, belVita Pisang & Oat boleh dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaan sekaligus menjadi pilihan yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk pada zaman moden ini


Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM) turut memberikan pandangan beliau mengenai kepentingan sarapan yang seimbang dan bermutu tinggi. 

cara untuk diet, diet pemakanan, makanan untuk diet, buah pada waktu pagi, epal hijau, green apple, belvita, breakfast, don't skip breakfast, reason to loose weight,
 Sharon Tan, Head of Biscuits and Salty Snacks of
 Mondel
ēz International and Dr Hamid Jan

“Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang. Ianya turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes. Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon, serta memberikan tenaga yang mencukupi. Ianya juga merupakan satu cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.”

Biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.

belVita Pisang & Oat boleh didapati dalam dua (2) pilihan pek:

o 80g (RM2.90) 
o 160g (RM5.20) 

Perisa baharu ini akan dijual di semua pasar raya besar, pusat membeli-belah serta kedai runcit bermula Ogos 2017. Semua biskut belVita Breakfast mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirin untuk membekalkan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada waktu pagi. Biskut belVita Breakfast juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya 8g bijirin tulen dalam setiap hidangan, berserta lapan jenis vitamin dan mineral. Apabila diambil sebagai sebahagian daripada sarapan yang seimbang, ianya mampu membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik.


cara untuk diet, diet pemakanan, makanan untuk diet, buah pada waktu pagi, epal hijau, green apple, belvita, breakfast, don't skip breakfast, reason to loose weight,

cara untuk diet, diet pemakanan, makanan untuk diet, buah pada waktu pagi, epal hijau, green apple, belvita, breakfast, don't skip breakfast, reason to loose weight,


You Might Also Like

1 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored