DOUBLE DOWN vs SALTED CARAMEL VANILLA KFC
8:18 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Cerita ni adalah cerita campak belakang. Dah agak basi sebenarnya, tapi MZ tetap nak tepek sini sebagai kenangan abadi. Kah kah kah
Masa burger Double Down ni agak famous, MZ tak pulak menjejakkan kaki ke KFC berhampiran untuk mencubanya. Bila keadaan dah mula reda barulah MZ ajak FH temankan MZ untuk merasainya sendiri. Katanya, Double Down ni untuk orang yang tak sukakan sayur. MZ suka je sayur, tapi saje je lah nak rasa jugak Double Down ni. Geram pulak tengok Double Down ni dalam iklan kan.
Memandangkan KFC Petronas Bandar Sunway dalam pengubahsuaian, makanya kami menuju ke KFC Jalan Baru. Jangan nak katalah beratur panjang macam mana kan ? Dah itu KFC yang terdekat, yang dibukak 24 jam, memang begitulah kan.
Sementara menantikan Double Down, MZ sempat jugak sejukkan anak tekak dengan Salted Caramel Vanilla dari KFC ni. Alah ! Comelnyaaa...
Portion yang sangat comel, kalau competitor KFC dengan harga yang sama, dapat portion lagi besar tau. Ehh ! Biarlah.. Lain tempat, lain rasa dia kan.. MZ lupa harga dia, mungkin RM5.++ atau RM6.++.
To be honest, Salted Caramel Vanilla by KFC ni biasa-biasa sahaja bagi MZ. Rasa Salted Caramel tidaklah terlalu kuat, rasa Vanilla pun sedang-sedang saja. Bolehlah buat penyejuk hati sementara menantikan Double Down. MZ lagi suka brand yang sinunnnn....
Dan..... hero yang dinantikan muncul jua akhirnya.... beginilah rupanya Double Down ituuuuu.....
Iyaaa... memang burger tanpa sayur, hanya daging dan keju. Tapi tidaklah seperti yang digambarkan dalam iklan. Okey ! Itu biasa. Memang fully ayammmm.. Memula memang okey, lelama terasa pulak muaknye kan. Gasaklah makan perabih, dah beli kan. Huh !
Kalau tanya MZ sedap ke tidak, bagi MZ, bolehlah. Muakkan makan isi sahaja... Tapi kalau orang yang jenis makan ayam bahagian isi sahaja, Double Down ni small matter je lah bagi dia kan. Not bad lah !
3 comments
So, rasanya yang ni memang tak sesuai dengan Auni. Boleh je makan isi ayam, tapi kalau makan gitu je, muak sungguh!
ReplyDeleteBetoi laaa.. orang tak minat ayam lagi lah terasa muaknya
Deletememang muak.. saya campur beli dengan nasi. jadi makan dengan nasi. hahha.. dari http://www.akubahrain.com.my/
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^