SEMBANG GEGURL .:. DOLL SKIN FOUNDATION BY SENDAYU TINGGI
11:28 AM
Entri Sembang Gegurl secara berjemaah... ada lagi dalam satu entri sebelum entri Sembang Gegurl berakhir buat masa ini.
Assalamualaikum. Holla ~
MZ bukanlah MUA hebat, bukanlah kaki make up.. Sekadar untuk mencantikkan lagi pandangan mata sendiri, disamping memperbaiki akhlak. Ahaks !
Yes ! MZ memang tak boleh move on dengan product dari Sendayu Tinggi, mostly barang make up lah. Rangkaian product Sendayu Tinggi yang paling MZ suka, sudah tentulah BB Cushion nya dalam shades Cotton Candy. Boleh baca entri INI untuk review penuh.
Kali ni, MZ try pulak Sendayu Tinggi punya Doll Skin Foundation dalam shades Too Pretty, yang terlajak laris di Watson tu. Dan, tak semua outlet Watson yang menjual product Sendayu Tinggi. Bolehlah check Watson berdekatan dengan hampa untuk mengenal pastinya.
MZ lupa lah harga Doll Skin Foundation ni berapa harganya, MZ beli di outlet Sendayu Tinggi, Bandar Sunway. MZ rasa dalam RM 3+.++. Kalau dekat Watson, harga dia berbeza tau....
Biasanya, kalau nak pakai apa jenis foundation, sila prep muka hampa terlebih dahulu dengan moisturiser, dan kalau lagi rajin letaklah primer sekali. Sendayu Tinggi pun ada mengeluarkan primernya sendiri. Tapi, MZ ni penyegan, so MZ tepek moisturiser je lah.
Kemudian, barulah MZ menggunakan Doll Skin Foundation. Hampa boleh menggunakan jari mahupun brush. Tapi, pada kali ini, MZ hanya menggunakan jari, sebabnya brush MZ baru sahaja dibasuh, rasa sayang malas pulak nak basuh balik nanti. hahaha.. dasarrrrrr !!!
Tak perlu pakai banyak pun, agak-agakla dengan muka hampa yang comel tu. Doll Skin Foundation jugak boleh digunakan sebagai concealer.
Sebelum
Selepas
Coverage untuk Doll Skin Foundation ni boleh dikatakan agak penuhla.. pori diatas hidung MZ agak terjojol, tapi selepas menggunakan Doll Skin Foundation, ianya dapat ditutup. Hasilnya jugak agak matte, jadi tak risau sekiranya ianya berminyak. Tapi, muka MZ memang jenis tak berminyak pun. Hee... dan yang penting, TIDAK merekah walaupun berpeluh bagai nak rak. Tapi tidaklah memberi effect glowing seperti Doll Skin BB Cushion.
Tapi, yang tak best nya... shades Too Pretty ni agak gelap untuk MZ. MZ lagi suka warna yang cerah. Masa nak beli hari tu, MZ tanya dekat sales person shades mana yang sesuai untuk MZ, dia yang suggest kan Too Pretty. Tapi, tak pelah, next time MZ beli lah dalam shades yang cerah sikit.
Overall, memang MZ berpuas hati dengan product Sendayu Tinggi, dari mascara, boleh baca dekat SINI, Doll Skin BB Cushion, dan kini Doll Skin Foundation. Apa lagi rangkaian product Sendayu Tinggi yang MZ guna ? Tunggulah entri seterusnya...
14 comments
Hihi...foundation ni memang best...recommended =)
ReplyDeleteKan kan kan.. tapi paling suka BB cushion, cepat dan senang... cantik pulak tu
DeleteBiasa kena beli shade yg cerah skit sbb biasa akn ada tendency to oxidize n jadi gelap..biasanya lah...
ReplyDeleteTu lahhh... sales girl tu suggest yang ni.. adehhh !!!
Deletenampak beza bila pakai foundation tu
ReplyDeleteHeee... banyak gak dia cover kekurangan itew
Deletefull coverage gitu. hehehe
ReplyDeleteMaseh Ninaaaaa ~~~~
Deletemacam best jer...ingaat nak try jugak la
ReplyDeleteBest.... kenalah dengan MZ.. try la kot2 serasi
Deleteaida memang tgh cari foundation.
ReplyDeleteboleh beli kat farmasi ke produk ni?
tq.
Watson ada jugak, tapi yang terpilih... tak pun singgah Sendayu Tinggi outlet 😊😊😊
Deleteselalu dengar je... pakainya tak pernah lagi . heehehe
ReplyDeleteAda tak sesiapa nak beli doll skin foundation code: so sweet.
ReplyDeleteCondition:used.
Reason:tak sesuai dengan muka
0176956358 boleh whatsapp.
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^