LA HERBALLE MEDI & SPA KINI DI BAYAN LEPAS
10:09 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Impian setiap wanita untuk memiliki kulit muka yang flawless tanpa sebarang masalah serta mempunyai susuk tubuh yang sentiasa menjadi menawan. Namun, atas sebab musabab tertentu, perkara tersebut tidak dapat dimiliki. Dengan lambakan product penjagaan yang mempunyai bahan kimia, makin memudaratkan diri sendiri.
Dengan adanya La Herballe Medi & Spa, mungkin segalanya dapat dirawati. In sha allah ~ Kenapa ?? Sebab, La Herballe Medi & Spa menggunakan product original, buah-buahan yakni tiada sebarang bahan kimia.. Iyaaaa !! Ini serius.. kalau tak percaya, teruskan pembacaan okey.
Pada 6 Ogos 2017 hari tu, La Herballe Medi & Spa telah dengan rasminya dibuka di Krystal Point, Bayan Lepas. Nanti MZ kongsikan lokasi La Herballe Medi & Spa ni hokey. Meh tengok dulu sekitar grand launching La Herballe Medi & Spa.
Bertemakan warna nude, putih @ hitam, sesi grand opening tu sangat meriah dan berjalan seperti yang dirancangkan.
Jangan tak tahu, La Herballe Medi & Spa mempunyai cash back untuk pelangganya. Cash back ini akan dapat digunakan untuk sesi dikemudian hari. Kalau rasa tak pasti dengan cash back ni, hampa boleh tanya dengan beautician di sini, mereka boleh menerangkan supaya hampa paham sejelas-jelasnya.
Agak malu nak bertanya, bolehlah rujuk risalah ini untuk pendaftaran untuk menebus dengan menggunakan program cash back.
Sesi penerangan dari beautician La Herballe Medi & Spa tentang kelebihan product La Herballe Medi & Spa. Memang terdapat perbezaanya apabila menggunakan product yang 100% asli dengan product yang menggunakan bahan kimia. Sewaktu sesi penerangan ini, beautician telah memberi peluang untuk kami merasai perbezaan tersebut.
Rangkaian product dari La Herballe Medi & Spa memang hasil buatan Jepun, dengan pelbagai ekstrak buah-buahan yang tentunya baik untuk kulit. Product La Herballe Medi & Spa jugak boleh didapati untuk kulit normal dan kulit bermasalah. Jadi, tidak perlu risau kalau tersalah pilih product dan yang pastinya product akan diberikan mengikut konsultasi daripada doktor.
Selain penjagaan muka, dah nama pun spa kan, terdapat jugak perkhidmatan sauna, spa, meguruskan badan, body contour, body lifting, body whitening, serta pembuangan selulit. Pendek kata pelbagai perkhidmatan yang ada di La Herballe Medi & Spa.
MZ turut merasai facial massage. Dengan menggunakan product dari La Herballe Medi & Spa, memamng terdapat perbezaannya di muka MZ. Tiada langsung rasa pedih mahupun terbakar, malah dengan layanan yang mesra dari beautician di La Herballe Medi & Spa terasa macam di alam kayangan. Terbang... Terbang.... Terbang.....
Untuk rawatan muka, La Herballe Medi & Spa menawarkan perkhidmatan anti-penuaan, menghilang kedutan, face shaping, acne and scar problem, lingkaran hitam bawah mata dan eye bag, membuang bulu pada wajah, fine line dan facial lifting. Ada jugak pakej yang bakal menguntungkan hampa.
Nampak tak muka bahagia kena dilayan dengan begitu mesra, sampai nak terlena MZ dibuatnya. Beautician disini, semuanya terlatih ye. Jangan risau naaa...
Dan inilah hasilnya selepas urutan kasih sayang di La Herballe Medi & Spa. Jadi, hampa tunggu apa lagi ? Mehla singgah La Herballe Medi & Spa ni dan rasai sendiri product yang 100% asli dibelai-belai diwajah hampa.
Nah ! Ini lokasinya... subject pertama yang hampa nampak di bangunan Krystal Point tu...
2 comments
makin segak la
ReplyDeleteHahaha.. seketikaaa ~~~
DeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^