FAMILY TRIP .:. LANGKAWI 2017 NAGOYA INN, KUAH
10:02 AM
Entri penutup pun jenuh.Phew...
Assalamualaikum. Holla ~
Entri ni MZ nak kongsikan tempat penginapan kami sekeluarga selama 3 hari 2 malam disana dan ianya telah dibuat pesanan melalui Apps Traveloka. Kebanyakkan stay cation MZ sekarang menggunakan Traveloka, senang cerita.
Moh la cecepat khatamkan entri Langkawi sebelum nak terbang ke Singapore pulak... Nak hujung tahun dah pun, entri awal tahun asyik dok dalam draft. Bertabahalah seorang Zafirah. Hua hua hua...
Pada awalnya, macam dalam entri memula MZ dulu, MZ ada ceritakan yang MZ nak stay dekat Pantai Chenang, kedebuk kedebik kedebaq, hotel yang MZ nak book tu penuh. Terpaksalah menukar location dari Pantai Chenang, ke Kuah. Sokay lah !
At first sampai kat kawasan Nagoya Inn ni, tengok elok je kawasan sekitar dia, even kawasan Cina, tapi kat hujung tu still ada kedai tomyam, not bad lah kan. Quiet, peacefully. Itu first impression dekat area Nagoya Inn.
MZ tak ingat harga untuk 3 hari 2 malam di Nagoya Inn, termasuk dengan breakfast untuk 4 orang. Lebih kurang RM14+.++ . Lebih kurang tu lah harganya.. Hotel adalah hotel baru, jadi kemudahan yang disediakan termasuk bilik adalah kemas dan bersih.
Maafkan beg MZ yang dah tak menyempat nak parking atas kerusi dan coffee table tu. Heee.. Bilik kami tu menghadap bangunan kedai dihadapan Nagoya Inn.
Upsss.. terbelanja gambar toilet pulak. Tapi, memandangkan Nagoya Inn ni ialah hotel baru, memang bersih, even dekat walkway pun semua bersih, terjaga.. Iron board kat luar bilik, macam biasalah, nasiblah dekat dengan bilik.
Smoking area turut disediakan untuk smoker. Bukan smoker pun turut rasa nak parking kat sini. Walaupun kat tengah bangunan, tapi MZ suka, sejuk ja kat kawasan ni.
Ni lah bilik kami sekeluarga. Alhamdulillah ! Sepanjang disini, memang tiada masalah seperti yang digembar gemburkan masa dekat jetty tu. Yes ! Pada malamnya, memang ramai orang kat bawah nun, tapi tadaklah bising sampai tak boleh tidur. Relax ja kami sekeluarga tidur, nyenyak ja..
Dari segi service, memang terbaik, tiada masalah lah dengan service. Kemudahan pun tiada masalah, nak cari kedai makan Melayu pun tak jauh je dari Nagoya Inn ni. Banyak je kedai, bukan payah nau. Kedai runcit, ada je kat bawah tu.
Cumanya, makanan untuk breakfast, tak banyak pilihan, tapi itu pun kenyang. Hahahaha... Kalau stay dekat Nagoya Inn dan nak menikmati hidangan di kafe Nagoya Inn, hampa akan mendapat diskaun, tapi MZ tak ingat dah berapa %.
Haaa... lagi satu, sekarang di Langkawi pun dah ada cukai perlancongan tau, lebih kurang RM3 sebilik. Okey lah tu kan, majukan sektor perlancongan di Malaysia. *ayat nak pujuk hati sendiri*
Untuk MZ, MZ memang recommend hampa duduk sini, walaupun agak jauh nak ke Pantai Chenang, tapi apalah salahnya dekat nak shopping di HIG. Jauh perjalanan, luas pemandangan kan. So, decision is yours, MZ okey je......
3 comments
Hi MZ....eh kira ok la Nagoya In ni..akak tgok elok je hotel baru...harga pun murah..adakala orang memang akan cakap mcm2 part hotel sebab biasanya orang cuba sailang...
ReplyDeleterindu langkawi....
ReplyDeleteteringin nak stay chenang.
Hehehe, kalau vacation takat bising sikit2 boleh abaikan. Dah letih siang berjalan pengsan dh semua. Anyway suka gak tempat cam ni. Bukan tumpuan, kurang serabut
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^