PETUA MENGURANGKAN RAMBUT GUGUR

10:56 AM

*viral..viral..viral*

Assalamualaikum. Holla ~

Sekarang semudah A, B, C untuk jadi viral kan. Kalau yang gila glamor tu, memang seronoklah kan kalau benda-benda sebegini jadi kat derang. Viral ni pun ada baik dan buruknya. Yang buruk, malaslah MZ nak cerita, hampa pun tau kot. Antara kebaikkan viral ni, kita dapat mengetahui sesuatu ilmu yang baru, baik untuk kita.

Contohnya, macam bebaru ni ada viral pasal cara untuk mengurangkan rambut gugur. Caranya, senang sahaja, barangnya pun memang dah sedia ada dirumah kita, lainlah rumah bujang yang langsung tak pernah memasak. Eh ! ada ke macam tu.. ntah..

MZ tengok post ni masa dia lalu kat feed MZ. Teringin pulak nak mencuba, mana tahu serasi dengan MZ, dapatlah mengurangkan rambut gugur. Tapi, rambut MZ sekarang memang dah kurang gugurnya, hasil dari penggunaan Jajja Hair Serum, boleh baca kat SINI. Kalau nak try jugak, contact lah Munirah ye.
Ini cara untuk mengurangkan rambut gugur mengikut cara yang viral hari tu. Dengan menggunakan syampu biasa, syampu yang biasa hampa guna, tak kisahlah brand yang mana, kemudian campurkan syampu tersebut dengan garam seperti gambar dibawah.


petua mengurangkan rambut gugur, menghilangkan rambut gugur, cara mengurangkan rambut gugur, jajja hair serum, syampu dan garam, kebaikkan garam, viral pasal syampu, menjaga mahkota wanita, rahsia rambut cantik, hitam dan lebat,


MZ menggunakan garam kasar instead of garam halus. Pada penggunaan kali pertama, terasa nyut-nyut apabila syampu tu kena kat kulit kepala. Tapi, lepas dari syampu tu, memang rasa lain. Rambut yang gugur sewaktu syampu tu pun berkurang.

Usai mandi pun sama, tak banyak rambut yang gugur dan melekat pada tuala. Seronoknya la hai bila tengok macam tu. Lepas tu, bila rambut dah agak lembab, MZ guna pulak Jajja Hair Serum tu, lagi kurang rambut yang gugur, dan bertambah wangi.

Pada penggunaan yang seterusnya, MZ dah tak terasa nyut-nyut tu. Hurmh.. tak taulah salah kat mana, tapi masih kurang rambut yang gugur. Tak apa lah kalau dah tak terasa nyut-nyut tu, janji rambut yang  gugur, berkurangan. Kan.. itu yang dikehendaki.. tapi, nyut-nyut tu terasa sedappp....



You Might Also Like

11 comments

  1. amboi, cmane la rasa nyut nyut tu, teringin nak tau.haha

    ReplyDelete
  2. dah cuba memang jadi.. hihihihi..

    ReplyDelete
  3. good info...saya mmg ada masalah nie..so, nk try la..hihii

    ReplyDelete
  4. CT ada jumpa orang share petua ni tapi tak pernah cuba. kalau betul kurang nak give it a try jugakla. boleh botak kepala lama lama kalo rambut banyak gugur. stress tengok..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored