PENANG'S ATTRACTION .:. AVATAR TANJUNG TOKONG
10:45 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Hari tu, sibuk viral pasal Penang Avatar ni kan. MZ tak minat cerita Avatar tu, makanya, tidaklah MZ minat untuk datang ke sini. Tapi, hari tu, atas disebabkan kerja, maka ke Tanjung Bungah, sembang punya sembang, Lia ajak ke Avatar ni. MZ follow je lah !
Penang's Avatar ni tutup jam 12 malam, so hampa jangan berangan nak pi lewat-lewat sangat, sat lagi habis semua lampu kena tutup, apa pun tak dapat. Nak masuk kat sini, agak dalam. Disarankan hampa parking kat area Penang's Avatar tu, dengan bayaran RM5 per entry. Khabarnya dulu, RM3, tapi kini dah naik harga. Mungkin disebabkan kunjungan pungunjung makin meningkat.
Kat dalam tu, memang parking banyak dan luas, siap ada orang jagakan. So, tak perlu risau kalau kereta hampa bergesel. Kuikuikui.. Untuk exact location, sila scroll kat bawah sekali ye.
Kawasan sekitar Penang's Avatar ni lebih kepada kawasan sekitar tokong Cina. Bagi yang ada anak-anak kecil tu, fikirlah dua tiga kali. Bukan apa, risaukan keadaan anak-anak hampa ja. Tapi, kalau hampa okey, MZ pun okey jugak.Sekitar Penang's Avatar....
Ada jugak batu glow in the dark. Kalau bercahaya, memang tak nampak cahaya hijau tu.
Credit to Encik Zack, Flamingo untuk gambar berikut... heeee
So, apa kesimpulan pengalaman MZ kat Penang's Avatar ni ? Not bad, kalau bawak bebudak, lagilah seronok kan. Untuk orang dewasa, bolehlah singgah nak tengok.. nak kata teruja sangat tu, tidaklah. Mungkin sebab aku tak minat Avatar tu.. Mihmihmih
Cuma usaha dan kegigihan mereka yang memasang lampu di kawasan tersebut, melilit batang pokok yang sebesar pemeluk memang wajib mendapat pujian. Gigih gila weh ! Memang rajin bebenor mereka tersebut memanjat pokok-pokok yang besar tu, melilit di dahan-dahan pokok dan batang pokok tersebut.
Pujian jugak untuk mereka yang menjaga kawasan parking. Memang smooth lah perjalanannya, memang jaga laluan keluar masuk, kawasan parking.. Memang mudahlah dari segi parking. So, hampa tunggu apa lagi, let's singgah ! Follow je direction dibawah...
6 comments
dah lama teringin nak ke sana.cuma belum kesampaian je lagi
ReplyDeletemacam yang pernah buat kat maeps dulu.. susah tangkap gambar cantik kalau tak pandai.
ReplyDeleteviral tempat nie kan..tapi tak sempat nak pi lagi..nanti2 kot2 pi area sana boleh la singgah!
ReplyDeletecantiknya view kat situ!
ReplyDeleteJob berbayar untuk blogger di sini http://www.maisarahsidi.com/2017/08/jom-jana-pendapatan-dalam-usd-dengan-Sushivid.html
Boleh tahan tempat ni.
ReplyDeleteUiii cantik nyaa...nasib baik zaf hbaq kata dekat tokong cina...
ReplyDeleteYa la ada baby ni kena xtra careful skit kan
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^