FAMILY TRIP .:. LANGKAWI 2017 DAY 2 PART 2
11:22 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Entri Langkawi bersambung..
Selepas dah puas island hopping, kami singgah Pekan Chenang. Memandangkan Pekan Chenang sudah makin maju, terdapatnya satu mall yang MZ dah ingat namanya, dan ada lagi satu yang tengah dalam contruction.
MZ dan Dikdik just tumpang toilet kat situ untuk menukar baju, Abang pulak menumpang mandi di tandas awam. Walaupun namanya menumpang, tetap kena bayar keh. Hahahaha.. tu dah tahap malas nak mandi sebab panas. Bukan apa, MZ jenis kalau pepanas kena air, confirm panau datang menyerang.
Lepas bersiap dengan ala kadar, kami makan tengah hari di area Pekan Chenang tu jugak. Kedai yangt tepi-tepi jalan tu. Perut kenyang, destinasi seterusnya, Langkawi Sky Cab. FL tak mau naik sky cab sebab kami memang pernah naik dah, once. Bonda tersayang pulak, ikut je memana. So, MZ sangatlah berbelah bahagi sehinggalah Dikdik bagi solution.
Solution nya ialah, kta naik ATV. Huh ! Like serious ? Tapi, dah semua sepakat, meh la reramai naik ATV. Abang naik sensorang, FL dan tentulah naik dengan bonda tersayang dan macam biasa, MZ berkepit dengan Dikdik.
Sebelum dibenarkan menaiki ATV, ada lah short briefing dulu. Nak ikutkan, cuak jugak sebab masa sesi briefing tu, guider tu ada cerita beberapa incident yang tidak diingini berlaku. Haihh ! Maunya tak cuak, tapi keinginan lebih memuncak.
Sekitar Langkawi Sky Cab
Harga Langkawi Sky Cab
Selepas sesi briefing, muka nampak kental, tapi hati ada taman wehhh
Guider pada hari tersebut
Selepas lebih kurang setengah perjalanan, kami berhenti di tengah hutan tersebut dan dibenarkan untuk berehat dan membasahkan tekak dengan air bukit yang mengalir jernih. Memandangkan nak turun ke kawasan tersebut, agak berbatu, tak de lah gambar yang MZ amek. Adeh !
Tapi, serius berbaloi ! Air sejuk dan jernih.. cumanya, cetek. Bukanlah kawasan yang sesuai untuk mandi, kalau setakat nak basahkan tekak, apalah salahnya..
Bangga tengok FL dalam usia sebegitu masih mampu mengendalikan ATV. Doakan yang bebaik ye untuk FL dan bonda tersayang. Aaaminnn...
Sempat record sikit je masa MZ duduk kat belakang. Dikdik langsung tak record sebab dia cuak. Adakah pemanduan MZ sangat risky ? Muhahaha.. tanyalah dekat Dikdik..
Brother tu nak menumpang jugak. MZ nak tergelak pun hado, tapi cover baik punya. Nanti Dikdik tau pulak ada photo bomb kat belakang tu. Serius dia tak tau pun brother tu nak menyelit jugak kat situ. Masa MZ tunjukkan gambar tu kemudian, baru dia tau. Katanya, patutlah muka MZ muka tahan gelak.. Muhahaha... Mahapkan hakak mu ini..
Some good words for you.
Boleh dikatakan trek di Langkawi Sky Cab ni agak mencabar. Ada beberapa kali ATV tersangkut, masa nak turun dari batuan. Cuak weh ! Tu belum kira ATV mati lagi, ATV yang MZ naik tu macam timing rendah sikit, memanjang kena main minyak. Pantang lepas !
Untuk yang tak pernah naik ATV lagi, try lah ATV di Langkawi Sky Cab, you will fall in love with it. FL pun mampu, takkan lah you guys muda-mudi tak mampu kan. Malu hokey !
Jalan lagi kat part yang sebelum ni tak pernah jejak. Macam biasa, MZ tepek sikit ja, bebanyak sat lagi.... heh heh heh....
Lepas tu, terus balik hotel, bersihkan diri dan solat. Malam tu ke Pasar Malam Kuah, tapi tak beli apa-apa pun. Sudahnya makan kat food court bersebelahan pasar malam tu jugak. Memandangkan ada perlawanan bola sepak antara Kedan dengan sapa ntah malam tu, tak ingat, makanya agak ramai orang, dahlah kedai yang bukak tak banyak. Bertabahlah !
Esok nak balik dah ! Yeay ! Tunggu next entri pulak kalau nak tahu apa jadi pada hari kejadian.. Adoiii !
3 comments
teringin, tapi takut.bawak myvi pun teragak-agak kak sal ko ni..haha
ReplyDeleteBestnya gi trip....jauh plak tuu
ReplyDeletebrapa harga nk naik atv ni zaf
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^