KAMI TAK MENYESAL, DAN KAMI TAKKAN MINTA MAAF

9:22 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Bebaru ni heboh pasal kes menyayat hati, sebuah tahfiz di Keramat terbakar dan seramai 23 pelajar terkorban. Hasil siasatan mendapati, ianya mempunyai unsur khianat setelah berlakunya salah faham. Hasil siasatan lanjut, pelaku adalah dari kalangan mereka yang masih berusia belasan tahun. Allahu !

Dulu, masa MZ kecil-kecil, kalau gaduh pun, habis kuat tak mau bercakap dengan si A, tidaklah sampai tarik rambut bagai macam kes yang pernah berlaku sebelum ni. Sekarang, dengan perubahan teknologi, remaja semakin berani, dendam sampai boleh membunuh. Bukan sahaja membunuh orang yang didendam, malahan mereka yang tidak bersalah. Allahu !

Kenapa begitu sekali dendamnya ? Kat mana yang salah sampai boleh timbulnya perasaan macam tu ? Adakah pengaruh TV ? Majalah ? Komik ? Bahkan mungkin pengaruh dari media social (socmed). Impaknya semua sangat tinggi pada setiap individu termasuklah orang dewasa, apatah lagi bagi seorang remaja yang masih tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Allahu !

Kes berlaku hanyalah dari sebuah teguran, namun pelaku tidak dapat menerima teguran tersebut dan bertindak membakar tahfiz tersebut. Adik ! Adik bukan sahaja membunuh orang yang  memberi teguran berguna kepada adik, tetapi kepada rakan-rakan mereka jugak. Apa adik tiada perasaan jika ada di antara ahli keluarga adik menjadi mangsa sebegitu ? Gelap lah masa depan adikkk....

Terkini, perkongsian daripada group WhatsApp....


kes kebakaran tahfiz, hujung keramat, kes dendam, remaja bawah umur ditahan, kes syabu, pengaruh dadah, kesan pengaruh dadah, mangsa kebakaran, nota terakhir, pengaruh sosial medai, medsoc,
Credit to Kosmo-99.blogspot.com

Apa syaitan yang berada didalam tubuh adik sehinggakan kesalahan begini besar, masih tidak mahu memohon maaf, masih berasa tidak bersalah atas perlakuan tersebut ? Allahu !

Ya ! Dari sudut positif, sudah diketahui umum yang orang baik-baik akan meninggalkan kita lebih awal. Itu sudah ketentuanNya. Dengan nota terakhir untuk waris, sebaknya turut dirasai oleh kita yang membacanya. Allahu !

Sedar atau tidak, mungkin ada sesuatu yang telah mengarahkan remaja zaman sekarang "ke arah" sana ? Cuba kita perhatikan tingkah anak-anak kita / anak-anak muda ini, agar mereka tidak tersasar dari landasan yang telah dibina. Jangan kerasa sayang, semuanya gelap gulita. Allahu !

Al Fatihah untuk anak-anak syurga tu. damailah kalian disana.....

You Might Also Like

9 comments

  1. Allahu.. kerana demdam dan dadah tergamak mereka..semoga dapat hukuman yang setimpal..Al Fatihah buat kesemua arwah pelajar tahfiz..;(

    ReplyDelete
  2. Tak tahu nak ckp apa ....sedih dgn kes kejadian, lagi sedih dgn adik2 muda ni yg tau salah tp nak buat juga, dah buat salah lg ego tak nak minta maaf...

    ReplyDelete
  3. Allahu..tak taulah apa nak jadi kalau diorang takde langsung sedikit pun perasaan kasihan...

    ReplyDelete
  4. Ai masih tak boleh move on dengan cerita ni..

    ReplyDelete
  5. Sedih sangat. Takleh bayang kalau jadi dekat adik beradik or anak sendiri T_T

    http://aimisyafiqah.blogspot.my/2017/09/back-to-school.html

    ReplyDelete
  6. sedih kan...sy pun takleh nak move on lagi dari kisah tahfiz terbakar ni..jemput ke blog sy juga ya..

    ReplyDelete
  7. Setiap kali baca isu ini, memang sedih sangat. Entahlah budak sekarang memang lagi advance. Minta dijauhkan dari keluarga kita dan sanak saudara kita.

    ReplyDelete
  8. Tak boleh lupa isu ni..entah mana akalnya seorang manusia yang memiliki otak sanggup buat perkara kejam macamni tanpa rasa bersalah.

    ReplyDelete
  9. Sedih sgt. Sedih mak pak anak2 tahfiz tapi da tentu2 anak2 depa tunggu kt syurga. Kesian dekat mak bapak adik2 kita yg terlibat dengan dadah ni...

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored