JJCM .:. TEMPAT MAKAN BEST MIKKI WESTERN FOOD, BAYAN LEPAS
10:40 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Howaiyu today ?? Hope everything's going fine. Ini alkisah berkurun lamanya, kira-kira 4 bulan yang lalu. MZ bukan sengaja tangguhkan entri ini, tapi sebab MZ lupa nama tempat ni, dok nak tanya, nak tanya, asyik lupa, penyudahnya duduk la dalam draft tu.
Kedai ni terletak di Bayan Lepas, boleh tengok FB derang di Mikki Western Food. MZ pun Kak Aida yang bawak singgah sini, harapkan MZ, memang bertuahlah..
Cemana nak cerita ea.. Okey ! Macam ni lah... Mikki Western Food ni terletak di bangunan kedai yang paling hujung dan dibukak dari jam 6 petang hinggalah jam 10 malam. Sekejap je kan waktu operasinya ? Dah la sekejap, ramai pulak orang yang bertandang. Bertabahlah ! Tapi, yang MZ sukanya disini sebab, service derang memang tip top ! Cepat dan efisien. Jadi, waiting time tu idaklah lama...
Since kami makan berdua hari tu, dan MZ teruja nak try makanan di Mikki Western Food, antara menu yang kami cuba ialah, mushroom soup, chicken chop, dan mash potato.
Bertabahlah mengahadap menu dari Mikki Western Food, rasa macam nak mencuba semuanya, nasiblah nafsu tidak menguasai segalanya.
Portion untuk setiap makanan, boleh tahan besaq pulak tu. Aduh ! Memang tak habislah mash potato tu, masakan tidak, tengok sajalah chicken chop Mikki Western Food ni. MZ punya, macam biasa, 2 gravy, black pepper dan mushroom. MZ suka try kedua-dua gravy, sebab tu MZ request kedua-duanya.
Yang ini, MZ punya, kan MZ request kedua-dua gravy, sebab tu dia bagi mangkuk extra. kuang kuang kuang.. Ayam pun boleh tahan besaq, serius weh ! Banyak lagi menu di Mikki Western Food ni, takkan MZ nak kena seberang laut dengan kerap untuk merasai menu di Mikki Western Food . Aduiduidui !
So far, setiap menu yang di order malam tu, kena dengan tekak MZ. MZ suka setiap satunya, mash potato, mushroom soup, chicken chop with both gravy, mushroom and black pepper. So nice when it touch my throat.
Readers... what are you waiting for ? Pi lah try Mikki Western Food ni. To be honest, harga dia murah jika nak dibandingkan dengan portion yang disajikan. This is true. So, try by your own self. Jangan pi lelambat naa, nanti tutup.......
2 comments
nampak sedap sangat... suka masuk blog MZ.. sebab masih lagi ada watermark kak ekin bagi.. terima kasih menghargai kerja kak ekin..
ReplyDeletesedap... memang sedap.. murah pun murah
DeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^