JJCM .:. TEMPAT MAKAN BEST KOTA DINE & COFFEE, FORT CORNWALLIS
1:16 PM
It's easy to impress me.
I don't need a fancy party to be happy.
Just good friends, good food, and good laughs.
I'm happy. I'm satisfied. I'm content.
Assalamualaikum. Holla ~
Kali ni MZ nak share lagi satu tempat makan best kat Penang, kat area warisan Fort Cornwallis pulak tu. Lepas makan, boleh jejalan dekat dalam Fort Cornwallis , lepas tu boleh terus menjejak warisan di Padang Kota Lama. Dekat je....
Suka MZ ingatkan, kalau nak masuk kat dalam Fort Cornwallis ni, hampa kenalah bayar charge sebanyak RM10 untuk dewasa dan kanak-kanak pulak RM5 untuk pemegang MyKad. Tapi kalau hampa masuk selepas jam 7 petang, tiada sebarang charge dikenakan. Kota Dine & Coffee dibukak dari jam 10 pagi hinggalah jam 10 malam.
Kalau nak parking, bolehlah parking sekitar Fort Cornwallis tu. Walaupun Fort Cornwallis mempunyai 2 pintu masuk, yakni dari arah food court (ala yang jual mee sotong sedap tu) dan dari arah kaunter menjual tiket cruise, tapi, pada malam hari hanya sebelah pintu dibukak, yakni dari arah kaunter menjua tiket cruise. Kalau hampa tak perasan, celik sikit mata tengok signboard Kota ni atau lagi senang nak tengok kontena hitam yang bertulis Fort Cornwallis ni.
Okey ! Selepas berjaya mendapat parking berdaulat, mestilah nak posing seketoi dua depan Fort Cornwallis ni...
Masuk ja dari pintu masuk Fort Cornwallis ni, silalah menapak menghala ke kanan hampa, Kota Dine & Coffee terletak disitu. Memandangkan Kota Dine & Coffee terletak didalam bangunan Fort Cornwallis ni, wajiblah mempunyai pemandangan yang indah nian. Dengan pokok yang besar serta redup, landscape yang menarik, terasa pulak berada di alam lain. *kuat berangan*
Francis Light menantikan kehadiran hampa. Lama dah dia dok situ, sambil baca buku resepi, yelah... nama pun when Francis meets rempah. By the way, awat hampa lambat sangat, berjanggut jugaklah si Francis Light tu menunggu.
Jangan tak tahu, Kota Dine & Coffee banyak jugak menerima anugerah walaupun baru setahun jagung dalam dunia food and beverage ni. Dan yang penting, Kota Dine & Coffee ni mempunyai sijil Halal yang sah, yang tu lah yang dicari oleh setiap orang Islam kan. Yelah ! Makanan akan menjadi darah daging, takkanla nak darah daging tu dari sumber yang tak elok. No ! No ! No !
Bagi yang tak tau, untuk mendapat sijil Halal ni, bukanlah proses yang mudah, setiap satunya diambil berat dan diambil kira. Ingat senang ka nak dapat sijil Halal ni, jadi tahniah untuk Kota Dine & Coffee kerana mendapat sijil tersebut dan bolehlah MZ makan tanpa was-was.
Kota Dine & Coffee mempunyai ruangan yang selesa, music yang merdu sesuai dengan mood santai. Kebersihan di sini jugak tidap dapat dinafikan.
Disamping itu, Kota Dine & Coffee jugak turut menawarkan pakej untuk perkahwinan yang terdiri daripada 100 pax, dan hampa boleh pilih untuk berada di kawasan terbuka di atas bangunan cafe ini atau dihadapan cafe.
Dah puas jalan sekeliling Kota Dine & Coffee, meh kita tengok pulak apa yang special nya di cafe yang terletak dibangunan warisan ni. Cafe ni berkonsepkan makanan baba dan nyonya tetapi telah di modenkan dari beberapa segi......
Mocktail buah-buahan
Aneka milk shake
Hokkien mee
New version of satay
Kota asam pedas
Type of burger I guess.. *lupa nama*
Curry puff *suka hati buat nama sendiri*
Jumbo platter
Nyonya
Setelah MZ merasai sendiri signature dish di Kota Dine & Coffee, MZ memang sangat berpuas hati dengan makanannya. Memang sedap ! Antara menu wajib try recommended by MZ ialah, mee hokkien, curry puff, Kota asam pedas dan satay.
Nama pun when Francis meets rempah ! Memang semua masakan curry, atau lebih tepat semua masakan yang mempunyai gravy, memang terasa rempah ratusnya. MZ memang suka sangat dengan mee hokkien tu, telah diolah menjadi suatu juadah yang baru. Menggunakan pasta instead of mee, memang gabungan yang mengancam bila digabungkan dengan kuah seakan curry, ada pulak caviar, memang melekat dihati terus. Masa makan tu, memang tak terungkaplah dia punya sedap.
Selain itu, puff dan curry tu pun antara favorite MZ. Curry tu punyalah pekat, likat, cicah pulak dengan roti benggali tu.. humangaiiii ! Sedap sangattt... Rasa macam setitik pun dari curry tu tak mau ditinggalkan dalam tu.
Satay pun telah diberikan nafas baru, kalau hampa tengok confirm tak tau sebenarnya ianya adalah satay. Kuah kacang yang pekat dan penuh dengan kacang, penuh dengan rasaaaa.. haishh ! Time menaip ni pun masih teringat rasa yang sedap itu.
Boleh dikatakan semua signature dish kat Kota Dine & Coffee ni sedap-sedap belaka, dan MZ suggest untuk hampa rasakannya sendiri. Tapi, kalau hampa ni bukan sejenis peminat makanan berempah, hampa boleh try makanan lain.. contohnya macam Kota asam pedas.. rasa seakan asam pedas Melaka, pun sedap ! Kalau rasa teringin asam pedas Melaka, dah tak payah nak pi jejauh dah, singgah ja Kota Dine & Coffee, confirm mengimbau kenangan hampa kat Melaka punyaaa...
Mocktail laksa pulak menjadi idaman setiap wanita. first time dengar, macam lawak kan. Tapi, betoiii... memang mocktail tu rasa seolah laksa, yang bezanya, tiada kuah ikan. Mocktail sentiasa memberikan kesegaran kepada mereka yang meminumnya.
Tidak kurang jugak dengan milk shake nya. Milk shake cendol, pandan, honey dew dan red bean memang lembut dan cair didalam mulut.
Creme brulee :: pandan, original, gula melaka
Nasi lemak cake
Teh tarik cake
Parfait : Pandan, black sesame, jackfruit
MZ tutupkan buku di Kota Dine & Coffee dengan signature dessert yang terdiri daripada parfait, nasi lemak cake, teh tarik cake, dan creme brulee. MZ yakin, hampa tak pernah dengar pun nama dessert tersebut, apatah lagi merasainya kan ?
Memang sesuatu yang lain dari yang lain, dan MZ rasa MZ suka dengan kelainan tu. Memang kenalah dengan selera MZ. Nyum !
Apa yang MZ dapat rumuskan, pengalaman menikmati hidangan di Kota Dine & Coffee ni memang tidak dapat dilupakan. Semuanya sedap dan membuatkan hati MZ terpikat. MZ memang suggest hampa singgah dan isi perut disini.
Ohh yaaa... sekiranya hampa datang untuk mengisi perut di Kota Dine & Coffee, hampa boleh jugak melawat kawasan Fort Cornwallis ni, untuk orang yang pertama kali ke sini, hampa akan mempunyai 2 pengalaman yang berbeza dan menarik. Bagi yang datang ke sini pada waktu siang, hampa jugak boleh mendapat rebate keatas tiket yang telah dibayar apabila menikmati juadah disini. Menarik kan ?
So, tunggu apa lagi.... nah MZ kongsikan lokasi untuk memudahkan pencarian hampaaa....
6 comments
Fuhyoo sedap ke nasi lemak cake tuuu?
ReplyDeleteI prefer teh tarik cake more.. :)
Deletekene booking tak nak makan kat sini?
ReplyDeletetak payah booking, boleh walk in je..
Deletetertanya2 kota dine & coffee ni kat mana.. baru tahu ada kat Penang
ReplyDeletekat padang kota lama.. dalam fort cornwallis tu
DeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^