CRAVING FOR LEMANG & SERUNDING
10:09 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Kalau sapa add MZ kat FB, mesti perasankan yang MZ dok teringin serunding dan lemang padahal puasa 6 tak habis lagi. MZ tinggal lagi sehari je, in sha allah, hari Rabu ni MZ sambung.
Haaa.. hampa tu, dah habis puasa 6, ka dah sambung dengan puasa ganti ? Baguih la.. *tepuk2 bahu sendiri* Tahun ni, MZ start lambat sikit, tu yang tak terhabis lagi tu. Adoiii.. *tepuk dahi sendiri*
Dah nama pun craving kan, MZ gagahkan diri jugak untuk mencari lemang dan serunding. Plan asal hari Ahad lepas nak ke pasar Penaga, bolehlah beli ikan sebelah sekali. Dah berapa lama mengidam nak makan ikan sebelah. *Choiii.. tak "membawak" lagi dah mengidam memacam, esok "membawak"" jenuh la laki MZ... kuikuikui*
Atas sebab musabab tertentu, MZ tidak dapat ke pasar Penaga, maka ke pasar Seberang Jaya lah jawabnya. Pusing punya pusing, terjumpa orang jual lemang, tapi "lawan" dia tadak pulak. Cemana nak makan lemang ni kalau "lawan" dia tadak. Ini tidak boleh jadi. Habis, satu pasar tu MZ pusing dan almost give up.
Nasib baik terjumpa orang jual serunding sekali dengan ketupat, dah siap pack dan berharga RM 2 dan untuk sebijik ketupat pulak dijula berharga RM 0.80. Jangan salah paham.. Pack yang MZ beli tu didatangkan dengan 3 biji ketupat dan satu paket kecil serunding berharga RM 2. Tak kisahla mahal ke tidak dah teringin kan, gasak je lah.
Tercari-cari jugak kot-kot ada jual serunding secara berasingan, dah tadak kan, terpaksalah MZ beli pack itu...
Dan sepotong lemang tu berharga RM 3, so total semua, RM 5. Lepas dah dapat tu, terus balik rumah, meronta-ronta gila tekak nak telan leman dan serunding ni...
Tapi... memang tidak mengecawakan... lemang dan ketupat semua, licin MZ bedal. Kedua-duanya lembut dan cukup lemak, serunding pun sedap cumanya ia dikisar terlalu halus. MZ membayangkan serunding yang agak kasar. Tapi, tak pe lah, janji satisfied craving for above item.
Itu saja cerita pasal budak ngengada yang teringin memacam. Jom sambung puasa... Heee
4 comments
selamat menyambung puasa MZ..akak dah habis dah.hehe.lemang ni satu jelah yang tak best, sebab dia pulut, makan banyak sangat jadi ngantuk
ReplyDeleteSedap nyaaa..tetiba lapaq plak
ReplyDeleteTIAP TIAP tahun raya ngidam lemang,sbb raya dkt kelantan jarang hidang lemang :D
ReplyDeleteketupat palas!!
ReplyDeletemz = fevret aida tu.
kampung aida x buat.
sendiri buat x reti.
memang kalau ke rumah org, ada ketupat palas, aida ngap la sepuas nyer.
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^