KUN FA YA KUN

10:07 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Masa entri ni publish, MZ tengah dalam training ye. :)


Dulu, MZ nak sangat resign dari company sebelum ni dan cari tempat baru. Kenapa nak cari tempat baru ? Sebab MZ rasa, MZ tak dapat gained banyak dekat company lama. Maybe MZ tak pandai grab peluang, maybe MZ tak cukup cerdik, or maybe MZ tadak base yang cukup kuat.

After almost 3 years, MZ memang nekad nakkan perubahan. Dalam masa yang sama, MZ takut untuk perubahan tu. Kenapa ? Sebab MZ kena lalui semuanya sekali lagi.. MZ tak kenal tempat baru, MZ tak kenal orang baru, MZ tak kenal environment baru dan yang paling penting, MZ tak kenal kerja baru. 

Bukan nak kata tempat kerja lama MZ tak seronok. Giler tak seronok, kalau tak, takkan lah MZ bertahan kan ? Setiap orang melalui pengalaman yang berbeza walaupun jalan yang sama. Kan ? Samalah dengan MZ. Walaupun, banyak yang MZ belajar dekat sana, tapi dah namanya kerja kan. Macam rodalah kan.


Company lama dah la kerja 4 hari ja, nak pi bercuti, nak kemana, semua senang. Tak payah apply cuti, cuti boleh save and so on. Environment pun ok, orang pun ok, but biasalah...

Masa MZ dapat tawaran kerja baru, yakni sekarang, MZ rasa berbelah bahagi sangat, nak pi, dengan tak pi sama banyak. At the same time, dekat company lama, MZ dapat department baru, means new thing. Banyak yang MZ fikir, termasuklah orang yang MZ sayang. Ohhh.. doakan untuk itu naaa...

Finally, MZ amek decision untuk terima kerja baru, dengan alasan paling utuh, dekat dengan rumah. Yeah ! 5 minit ja dari rumah. Syok habisss...

Image result for cute happy gif


What more can I asked, setelah sekian lama menghadap jam. Tapi dalam hati, mestilah rasa sedih, paling sedih sebab tinggalkan kenangan dengan orang MZ sayang. How we build among us, how it happened at first.. semuanya satu pengalaman yang MZ takkan lupakan. Kalau orang lain, jumpa dekat mall lah, kedai makan lah, and us ? Hahahaha.. so long story... and of cause kekawan dan "ibu" tersayang kat sana.

Tapi, MZ rasa MZ dah amek keputusan yang betul. Walaupun journey MZ baru sahaja bermula kat sini, tapi banyak yang MZ dapat dan gained, banyak advantage yang MZ dapat. Semua pengalaman dan knowledge yang MZ dapat banyak yang MZ pratikkan walaupun dasarnya tak sama.

And alhamdulillah.. walaupun baru menginjak ke usia dua bulan perkenalan dengan company baru, MZ dah dipinang... 



Alhamdulillah.. syukur.. nikmat yang Dia bagi atas hasil sabar selama ni.. dan in sha allah dengan izinNya jugak, ada rezeki lain menunggu... mungkin ni semua rezeki sebab yang satu ni jugak kot...

Image result for alhamdulillah gif


Kadang, kita takut untuk melakukan perubahan tapi sebenarnya perubahan tu lah yang terbaik untuk kita. Bila kita dah selesa dengan sesuatu, kita tak sedar sebenarnya ada yang lebih baik untuk kita, bila kita pejamkan mata untuk segalanya, maka kita masih akan berada pada tangga yang sama.

Dan sedarlah, #rezekitakpernahsalahalamat. Cuma, cepat or lambat ja...


You Might Also Like

11 comments

  1. All the best Firah. Tahniah sebab berani keluar dari comfort zone. akak antara orang yang x berani, so duduk la company sama dekat 6 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Kak Sal.. tak pa... Kak Sal jenis yang loyal lah kalau camtu.. :)

      Delete
  2. alhamdulilah & thniah MZ, brani sahut cabaran. bukan utk org lain tp kena utamakan dlu diri kita bila masuk bab kerjaya ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you JZ.. betul tu.. at first tu memang takut, tapi alhamdulillahhh...

      Delete
  3. insyallah yang baik2 saja Allah aturkan untuk kita.. tak perlu bersesak2 dah dekat saja dgn rumah. selamat bekerja di tempat baru.. selamat bertraining awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha allah.. tu lah.. tak payah nak hadap tu semua dah... leganya rasa... thank you ~

      Delete
  4. timm pun bru je kluar dr comfort zone..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sep sikit.. semoga semuanya dipermudahkan ye timm

      Delete
  5. alhamdulillah...setiap yang terjadi,ada reason tersendiri kan

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored