SHORT VACAY .:. PRESIDENTIAL SUITE PARK AVENUE, SUNGAI PETANI KEDAH
10:19 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Entri awal Januari, dan sebelum Januari berkubur, nak share satu lagi boleh dikira tempat menarik untuk beristirehat dan menghabiskan cuti di kawasana utara. Kali ni bercuti dengan team Projek Blogger Utara.
Park Avenue, Sungai Petani adalah lokasi yang dimaksudkan. Lokasi Park Avenue ni sangat senang untuk dicari memandangkan Park Avenue ni berada di tepi tol Sungai Petani (S). Kira sebelum nak masuk tol Sungai Petani (S), akan nampak Park Avenue ni belah kiri anda.
Untuk memudahkan pencarian, ku tepekkan disini untuk kali yang ke brapa ntah, janji anda anda dan anda senang nak menjejakkan kaki ke Park Avenue ni.
Kemudahan yang ada di sekitar Park Avenue ni jugak bakal memudahkan anda sewaktu sedang menginap disini. Dikawasan sekitarnya ada kedai makan mengikut selera anda, 7E, fast food dan paling mudah mestilah menikmati hidangan di Bistro Park Avenue sendiri.
Sarapan pagi di Park Avenue adalah salah satu aktivit wajib yang anda harus lakukan sewaktu menginap disini. Kenapa ? Sebab di Park Avenue, menu-menu yang dihidangkan sangatlah menarik daa agak sukar untuk didapati diluar. Kalau nak tahu, apa menunya, kenalah tunggu entri seterusnya.
Bistro Park Avenue jugak menghidangkan set bawal goreng, kari kepala ikan dab pelbagai menu yang lain dengan harga yang berpatutan serta tidak banyak bezanya dengan harga diluar.
Memandangkan tidak sempat lunch untuk hari tu, makanya kami sepakat untuk lunch di Bistro Park Avenue. Untuk hari tu, aku order Carbonara spaghetti, favorite aku. Memang sedap dengan kuahnya yang pekat, dengan kuantiti yang banyak, sampaikan hari ni teringat-ingat.
Time panas-panas, basahkan tekak dengan jus tembikai memanglah menjadi idaman hati. Setelah selesai mengisi tank, terus check in. Gegirls team Proek Blogger Utara telah diberikan kesempatan untuk menginap di Presidential Suite, level 11, bilik yang tak pernah berada didalam bayangan gurauan.
Tengoklah keadaan didalam bilik Presidential Suite ni, amatlah cantik dengan deko yang simple. Walaupun usia hotel ni agak lama, tapi perkakasan didalamnya masih terjaga dengan rapi dan elok. Haih ! Cantiknyaaa...
7 comments
Pergh..duduk sini boleh feeling cam President Donald Trump..hehe
ReplyDeleteperghh., mesti harga pon mahal nih., ;p
ReplyDeleterasa mcm xmau blk bl dok bilik tu
ReplyDeleteputeri PBU tido dalam suite dijaga oleh dayang2 ok haha
ReplyDeletebila nak tidor cni lg...hoii
ReplyDeletekalau sy msk blk cm ni ada yg x keluar2 ni hehehehe
ReplyDeleteAdeh bilik suite mcm tu mampu tgk je laaa
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^