SEMBANG GEGURL .:. GARNIER MICELLAR CLEANSING WATER
1:30 PMSEMBANG GEGURL .:. GARNIER MICELLAR CLEANSING WATER
SEMBANG GEGURL .:. GARNIER MICELLAR CLEANSING WATER
Assalamualaikum. Holla ~
Dah tahu dah pasal product baru Garnier ni ? Dengan hanya 1 sentuhan, boleh menanggalkan makeup. Tak percaya ? Jom baca the whole entry hokey.
Terjumpa Garnier Micellar Cleansing Water ni masa tengah jejalan kat Aeon Big, Seberang Jaya. Kat drugstore memang tengah menggila promotion pasal Garnier Micellar Cleansing Water. Tertarik dengan warna botol Garnier Micellar Cleansing Water ni sebenarnya. Garnier Micellar Cleansing Water hadir dalam dua warna iaitu pink dan light blue. Kenapa ada warna yang berbeza ? Sebabnya, yang biru tu untuk kulit yang berjerawat dan minyak dan yang pink ni sesuai untuk kulit yang sensitif. Kenapa aku amek yang pink bukannya yang light blue ? Sebab, kulit aku bukan jenis yang berminyak dan berjerawat, sebab tu aku amek yang pink. Pilihlah mengikut kesesuaian kulit hampa naa...
Before this aku tak pernah menggunakan sebarang makep remover, selalunya aku membersihkan makeup dengan menggunakan pencuci muka paling tidak menggunakan minyak bayi atau yang seangkatan dengannya. Jadi, kenapa kali ni aku memilih Garnier Micellar Cleansing Water ?
Aku bertindak untuk memilih Garnier Micellar Cleansing Water sebagai makeup remover kerana aku suka formulanya yang menggunakan air, tidak minyak. Yes ! Aku suka formula air berbanding minyak. Minyak, macam melekit kat muka, so bagi aku sangat tak best. Dengan menggunakan Garnier Micellar Cleansing Water ni, tak payah bilas pun boleh kalau dah habis malas tu. Tapi, selalunya aku memang akan mencuci muka jugak sebab nak mandi kan. Dah jadi habit dah. Tapi, untuk orang yang malas atau nak cepat, atau seantero dengannya, formula tanpa bilas tu sangat memudahkan.
Aku suka jugak Garnier Micellar Cleansing Water ni sebab, masa penggunaannya, terasa sejuk, seolah-olah sedang mencuci dengan menggunakan air bukit. *tipu sikit* So, even tak cuci muka, rasa selesa seumpama mencuci dengan menggunakan running water.
Selain itu, Garnier Micellar Cleansing Water boleh jugak digunakan sebelum memakai toner agar muka lebih bersih dan pemakaian toner lebih efektif.
Garnier Micellar Cleansing Water terdapat dalam dua variasi saiz, pek travel, 125 ml dan satu lagi saiz 400ml. Saiz 125ml ni berharga RM9.90 dan yang besar tu dalam RM2+.++ . Boleh dapatkan di drugstore berhampiran ataupun supermarket yang menjualnya.
4 comments
Blh try ni, sy pun pngguna produk ganier
ReplyDeleteNak try yg light blue sebab kulit akak jenis berminyak dan berjerawat...
ReplyDeleteWahhh bagus ni nanti boleh try
ReplyDeletebestnya kulit muka tak berminyak dan berjerawat..huhu. tempted rasa nak beli. nak solat senang ni
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^