TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM GRAFA CAFE RESTAURANT, PETALING JAYA

10:19 AM

TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM GRAFA CAFE RESTAURANT, PETALING JAYA


TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM GRAFA CAFE RESTAURANT, PETALING JAYA


Setelah keletihan berkuak lentang serta beratur, langkah terus disusun menuju ke Grafa Cafe Restaurant, Petaling Jaya. Cerita berkuak bagai, cerita dalam entri yang lain.

Assalamualaikum. Holla ~

Biasalah.. Kalau hanya beralaskan sarapan nasi lemak semangkuk penuh, jam 6 petang sememangnya perut meronta minta diisi lagi. Kali ni, Dikdik bawak food hunting dekat Grafa pulak. At first dengar nama Grafa ni, aku ingatkan kedai mamak. Maka berperanglah dengan perasaan sendiri. Aik ! Budak ni nak bawak melantak nan cheese mabeles ke hape ? Arghh ! Malas lah nak tanya, bawaklah pi mana pun, janji boleh makan.

Nak pulak si Waze tu membongak hari tu. Dia boleh pulak main pusing-pusing dekat area situ. Keluar masuk, keluar masuk. Geram pulak lah eeeiii. Aku memang ada bad record dengan si Waze ni, sebab tu sampai sekarang aku memang tak de apps ni, dan tak teringin lansung untuk install. Aku guna Maps je, tak pernah lagi nak membongak aku setakat ni. *lap peluh*



Grafa ni terletak di bangunan kedai yang agak lama dan masa tu memang aku membayangkan kedai mamak cap A lah kan. Sampailah aku tersasar, dan Dikdik melaung nama aku. Eh ! Baru terperasan, terlajak rupanya.

Dush ! Grafa bukan seperti yang bayangkan. *bebajet cool melangkah masuk* 

Cafe hipsturr yang berlatar belakangkan hitam putih. Mempunyai ruangan makan berhawa dingin yang agak terhad. Tapi, hari tu kami memilih untuk duduk di kawasan terbuka.

Suka konsep Grafa ni. Dikdik cakap, dulu owner Grafa ada kedai basikal, betul-betul bersebelahan dengan Grafa. Tapi, sekarang dah tadak dah, yang ada replika basikal dalam Grafa.

Dapat ja menu, terus rambang mata. Seolah orang mengantuk, disorongkan bantal. Ahaii ! Banyaknya pilihan, nak makan apa ni. Aku berapa kali pusing menu tu sebab confuse nak order makanan. Dikdik boleh pulak tanya soalan cepu mas.. Boleh tak nak order makanan pertama yang nampak dalam menu ni sebab pening nak order, banyak ngat... Kehkehkeh.. 





Alamak ! Over lighting pulak. T_T

At last Dikdik order Nasi Goreng Paprika and aku pulak order Pad Thai Soup dan side dish Garlic Bread nak buat kudap-kudapan sementara menunggu main course sampai. Untuk air, Dikdik as usual, setia dengan teh tarik dia while aku order Irish Cream Latte, habuan stand mata takut tak terjaga pulak bila dah sampai airport nanti.

Sementara menunggu makanan sampai, layanlah dulu Grafa.







Macam biasa, mestilah air sampai dulu kan. Teh tarik, walaupun membuih indah, tapi aku pernah rasa teh tarik yang lagi sedap. Irish Cream Latte pulak kira kenalah dengan tekak aku. Light je, aku tak berapa suka yang pahit, yelah, aku bukan peminat coffee pun. Minum sekadar nak menongkat mata.




And.. Main course pun sampai. Aik ! Kali ni monolog dengan Dikdik pulak. Dia lupa kot Garlic Bread kita, lantaklah, main course dah sampai, makan je lah and abaikan Garlic Bread tu.





Nasi Goreng Paprika tu not bad, sambal dia sedap ! Pad Thai Soup pulak, aku rasa seolah-olah makan bihun Pama. Tapi, daging dia memang banyak gila, sampaikan bihunnya dah habis, dagingnya ada lagi. Tapi, untuk orang yang tak boleh bau daging yang kuat, aku tak suggest Pad Thai Soup ni, sebab bau daging dia memang kuat, silap2 ada jugak yang mengaum sebab kena tolak tepi mangkuk putih ni time lapar gilos.

Agak Pad Thai Soup aku dah nak habis, barulah Garlic Bread aku sampai. Aku bajet dalam hati, memang tak sampai dah. Dan disebabkan itu, gambar Garlic Bread memang tak de dalam senarai. Garlic Bread hanyalah menggunakan roti Gardenia "couple" bersama garlic spread. Auch ! Yang ni memang out of focus ! Tapi, dah sampai, makan je lah. Plus Garlic Bread tu pun dah sejuk. Aku rasa, dia import dulu kot roti tu dari kilang Gardenia, tu yang lambat tu. Upsss !

Overall, aku memang berpuas hati dengan service Grafa ni cuma part Garlic Bread tu je yang tak best. Persekitaran pun selesa maybe sebab tak ramai orang lagi, awal lagi kan. Konsep dia pun tak terlalu heavy. Cuma next time boleh improve part Garlic Bread kot kan ?

To those yang nak singgah Grafa jugak, below is the map, alamat pun ada...




Address: 
55, S15/4B, Subang Jaya, 47500, Malaysia

Hours: 
Sunday 12PM–12AM
Monday 12PM–12AM
Tuesday 12PM–12AM
Wednesday 12PM–12AM
Thursday 12PM–12AM
Friday 12PM–12AM
Saturday 12PM–12AM

Phone:
 +60 3-5611 7600

You Might Also Like

4 comments

  1. mcm tu je nasi goreng paprika dia
    kedai tengok cantik dan cozy igtkan style giler lah nasi goreng dia hahaha
    hahah mcm pama..ok nti balik nak masak bihun pama taruh dgg lah

    ReplyDelete
  2. jauhnyaaa cari makan.. semua sedap

    ReplyDelete
  3. nama dia unik lah. awat namanya lagu tuh na? apa maksud dia?

    ReplyDelete
  4. kedai hipstur nih..rasa macam bihun Pama? Not my taste lah kot

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored