IKEA CHERAS MARATHON
10:30 AMIKEA CHERAS MARATHON
IKEA CHERAS MARATHON
Assalamualaikum. Holla ~
Lepas makan Shell Out Desa Pandan, boleh baca dalam entri lepas, terus shoot ke Ikea Cheras. Sebabnya, ibu order suruh beli lilin. Lilin ? Yaaa.. Lilin yang wangi tu. Hari tu, ibu beli lilin tu dekat Ikea Cheras, ni kira macam kira repeat order lah ye. Ada beberapa kebaikkan lilin tu. Tapi, yang tu, aku kongsikan dalam entri yang lain.
Sebelum tu, aku nak mintak maaf sesiap dekat familia Projek Blogger Utara sebab tak jadi PS hampa, tak tanya pun hampa nak pesan apa dari Ikea ni. Sebab, takut rushing, takut tak sempat nak beli, nanti macam tak best pulak kalau dah janji tapi tak dapat tunaikan. Maaf sesangat.
Macam biasa, Ikea mana pernah surut dengan manusia. Aku sampai pun dalam pukul 9 lebih, and yes memang penuh. Tak de gambar keseluruhan sebab teruja tengok barangan dalam Ikea ni. Selain beli lilin Ikea, Dikdik ada jugak beli barangan dia, and aku pun ada terrembat dua barang. Lampu ofis untuk bilik sendiri dan jugak cermin untuk diletakkan di ruang tamu rumah. Tapi, sebab aku balik naik flight hari tu, sampai hari ni cermin tu masih tersadai dekat bilik sewa Dikdik. T_T
Masa nak pi pick up cermin tu,tetiba feeling macam model Ikea. Tu yang berdas-das gambar kat situ tu. Muhahaha... Nasib baik kat lorong tu memang tak ramai sangat, bolehlah nak feeling sat.
Beratur nak bayau pun boleh tahan panjang jugak plus orang depan memang borong sakan. Nahaiii ! Duit berkepok.. Riban jugak dia shopping.. *joyah*
Singgah service counter untuk check lampu. Suka nya lahai dia punya service counter ni. Selesa, kemas. Sementara menunggu turn, Dikdik pi beli ais krim Ikea. Yeay !
Tak puas sebenarnya jalan kat Ikea malam tu. Sebab kesuntukkan masa, kenalah marathon kan. Panjang umur, nak kena singgah lagi, tapi tak lau lah lagi apa pulak nak terrembat. hahaha
Dah siap semua, Q nak keluar pun ramai jugak. So, mana destinasi berikutnya selepas Ikea Cheras ? Tunggu next entri.
Till then ! See ya ~
7 comments
ishhh klau saya smpai sini, rasa mcm2 nk beli aihh...
ReplyDeleteahai jelesnya.
ReplyDeletedah lama mengidam nak datang sini SN.
tapi kita kat terengganu ni rasa cam tak berbaloi pergi sana beli perabot
penghabeh bonghas je.. huhu..
seumur hidup x pernah lagi masuk maan2 ikea.. sadis x..? hehehe
ReplyDeleteTak pernah sampai lagi sini. Tengok orang gi macam best jer!
ReplyDeleteAhahaha...cantik model ikea tu!
ReplyDeletepasni kalau jd model ikea jgn lupa kat kami tauuuuuu
ReplyDeleteLebih 15 tahun tak jejak ikea... ha ha ha...
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^