JANGAN PERNAH CUBA UNTUK MAKAN LAGI...

10:00 AM

JANGAN PERNAH CUBA UNTUK MAKAN LAGI...


JANGAN PERNAH CUBA UNTUK MAKAN LAGI...


Amboii ! Kemain tajuk diaa...

Tajuk tak dak kaitan dengan entri ni ye. Ehh ! Ada lah sikit sebenarnya.. 

Assalamualaikum. Holla ~

Hari tu, ibu puasa sehari sebelum raya haji dan kebetulan masa tu kami ke Kulim. Singgah restoran yang pertama, hanya menjual makanan barat. Ibu ni jenis perut Melayu, dah kalau berbuka mestilah nak nasikkan. So, kedai pertama, reject !

Seberang jalan, ada lagi satu restoran, N88. Ibu and aku memarkir bontot sementara abah sedang membeli nasi lemak di simpang jalan , waiter tu cakap hari ni derang pun ada western je. Ahaiii ! Bangun lah balik. Time nak bangun tu azan tengah berkumandnag yang aku rasa dari corong radio memandangkan TV sedang gelap gelita.


Masuk je dalam kereta, ibu terus minum air. As a driver, aku pusing ke belakang *ibu duduk kat belakang* sambil buat muka pelik and cakap kat ibu, "belum azan lagi". Ibu dengan yakinnya membalas, "kan tadi dah azan". Aku membalas balik, "itu radio lah, KL. Sini belum lagi, tengok jam pukul berapa sambil dok potpet2".

Abah pun sampai dengan nasi lemaknya, bagilah nasi lemak tu kat ibu. Tengah cari kedai makan yang lain, tetiba ada terbau sesuatu. 

Abah : Bau apa ni ?
Me : Mmm... *thinking and tergerak hati nak pusing belakang*

Guess what ? 

Ibu tengah sibuk dok menggaul nasi lemak. *tepuk dahi*

Me : Ibu !!! Kan tak masuk waktu lagi.... Dok buat apa ngan nasi tu ?
Ibu : Kan tadi dah azan. *alasan yang sama dengan tadi*
Me : Kan dah cakap tadi, tu radio, KL punya, sini belum lagi.
Abah : Haihh.. Tak boleh sabaq dah.. Berapa minit je lagi.
Me : Sambung cerita pasal ibu minum tadi and potpet2 lagi.
Ibu : *sambil senyum* Ulang alasan yang sama
Me : Kalau macam tu, kenapa time azan zohor tadi tak berbuka ? Lagi awal. Azan jugak...
Ibu : *bungkus balik nasi and trying to figure out macam mana nak bungkus balik dengan tangan 
           yang berlemoih*

Finally jumpa jugak kedai tomyam dan sejurus keluar dari kereta, baru dengar orang azan. Masa tu aku tengok ibu, and she's smiling and walking to the kedai makan. Haih !

Besides makan nasi lemak tak jadi tadi. order jugak ikan siakap, sup sayur dan telur plus ABC untuk orang puasa tu.  







Makan memang sedap kat kedai tu. Memang puas hati cuma kuah ikan tu macam sikit dah la sedap. Tapiiiiii ! Nama kedai and lokasi dia aku terlupa pulak nak amek. Mahap ! Len kali aku update ye. Muhehe

You Might Also Like

11 comments

  1. pernah buat masa mula-mula duduk Penang..ikut azan TV. nasib baik member alert n tegur sebelum sempat makan..haha

    ReplyDelete
  2. Dah lapar sangat tu. Saya pon penah buat dgn kondipennya. Naseb baik en.shuben tegur. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Comel ibu kasik alasan dah azan :)

    ReplyDelete
  4. Tengok pun terliuq nampak betul saya memang tengah lapar hehe

    ReplyDelete
  5. Alahai.. comelje mak zaf tu.. hahaha..
    Pernah mengalami situasi nie..
    Tapi dengan abah.. hahaha..

    ReplyDelete
  6. he3
    aaammbooiiiii marah ibu
    kang ahkak babab
    xmo marah2 ibu he3

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored