3 ABDUL BUFFET DINNER DI VOUK HOTEL SUITES

10:59 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Entri kali ni pasal 3 Abdul Buffet Dinner yang bertempat do Vouk Hotel yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah. Nanti MZ kongsikan lokasinya dibawah naaa…

3 Abdul Buffet Dinner akan bermula pada 7th May sehinggalah 3rd June 2019, dari 7pm  - 10pm. Harganya pulak ialah RM88nett untuk dewasa dan RM68nett untuk kanak-kanak dan warga emas. Tapi…. Kalau hampa beli voucher tersebut lebih awal, yakni sehingga 12th May 2019, ianya Cuma berharga RM68nett untuk orang dewasa. 

3 Abdul Buffet Dinner akan bertempat di C’est Si Bon, Vouk Hotel Suites. Terdapat lebih 100 juadah tempatan yang menjanjikan suasana berbuka puasa yang berbeza. Menu jugak bertukar pada tiap kali kunjungan hampa ke 3 Abdul Buffet Dinner.


Antara menu menarik ialah Sup Gear Box, Yong Tau Foo yang boleh didapati di live action stalls, lamb dengan 4 jenis sos serta Sambal 7 Keturunan Ikan Bakar, udang dan sotong. Ada jugak Gulai Kawah Rebung Daging serta Char Kuey Teow yang sentiasa mendapat sambutan daripada pengunjung.









Serawa durian ni lawan dengan roti, memang sedap tak hengat !




Sup Gear Box terangkattt

Sambil makan, telinga turut dihiburkan

Tidak dilupakan Bubur Lambuk serta murtabak ayam dan daging. Itu antara juadah yang sinonim dengan bulan Ramadhan, dan ianya boleh didapati di 3 Abdul Buffet Dinner. Paling tidak dapat dilepaskan peluang ialah Mee Rebus Penang. Kena try yang ni hokey !

Antara main dish pilihan ialah Sotong Masak Berempah, Ayam Masak Hitem, Ikan Panggang Style Portugis dan lain-lain. Tidak dilupakan bahagian manisan, terdapat aneka kuih Melayu serta Bubur Pulut Hitam dan Serawa Durian. Must try menu hokey !

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi ISONIC 55” LED TV sebagai hadiah utama didalam cabutan bertuah yang diadakan pada setiap hari. Oh yaaa ! Kanak-kanak bawah 3 tahun boleh makan dengan percumaaaa… best kan bagi yang mempunyai anak kecil tu…

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, hubungi 04-3753333.


You Might Also Like

4 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored