BAZAAR RAMADHAN, AUTHENTIC MALAY & ARAB CUISINES DI LEXIS SUITES PENANG
11:06 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Sedar tak sedar dah masuk bulan April kan ? Pantasnya masa berjalan.. semoga hari kita terus diberkati dan dirahmatiNya.. sedar tak sedar jugak, bulan Ramadhan bakal menjelang. Teruja sebenarnya bila Ramadhan menjelang. Suka dengan suasana bulan Ramadhan, dengan segala ruang yang ada untuk kita beribadat padaNya yang hanya dating sekali setahun dan tak tentu kita dapat bertemunya lagi pada tahun hadapan.
Ewah ! Ramadhan tahun ni pun belum tentu dapat bertemu, dah sembang pasal Ramadhan tahun depan pulak ye. MZ doakan semoga kita semua dilimpahkan kurniaNya dan segala amal kia diterimaNya… aaaminnnn…
Bercerita pasal Ramadhan ni, bulan ni MZ memang banyak akan bercerita pasal buffet Ramadhan pada bulan ini. Bertabahlah ye… tapi, kot-kot hampa ada plan untuk berbuka puasa di hotel sekitar Penang, bolehlah consider antara hotel yang akan MZ revie nanti.
Hari ni MZ akan bercerita pasal buffet Ramadhan yang bertempat di Lexis Suites Penang. Bagi MZ, Lexis Suites Penang antara hotel yang menjanjikan juadah berbuka puasa yang menambat hati. Lexis Suites Penang ni terletak di Teluk Kumbar, jauh dari kesibukkan kota, dan dekat dengan pantai nan indah.
Bertemakan Bazaar Ramadhan, Authentic Malay and Arab Cuisines Lexis Suites Penang masih mengekalkan lokasinya yang bertempat di Roselle Coffee House. Ramadhan Buffet Dinner akan bermula pada 6 May (hari pertama puasa) sehinggalah 4 June 2019, dan bermula pada 7pm – 11pm.
Harga untuk dewasa ialah RM98nett dan bagi kanak-kanak pulak RM68nett. Juadah akan disediakan oleh Chef Eksekutif, Chef Johno Fong bersama team kulinarinya dan sudah tentunya menarik untuk dipandang dan dinikmati bersama ahli keluarga mahupun sahabat handai.
Terdapat lebih daripada 100 juadah daripada juadah tempatan sehinggalah juadah antarabangsa. Ada sesetengahnya ianya dimasak panas-panas hanya untuk hampa. Untuk kali ini, Lexis Suites Penang masih turut menyediakan Japanese maki, sashimi, edamame dan Indian Chicken Tandoori. Nampakkan kelaianan menunya pada tahun ini ? Nyummmm….
Juadah lain yang jugak patut cuba di Lexis Suites Penang ialah, Sup Gearbox yang pastinya membuatkan hampa tak cukup dengan satu suapan. Kampung Melayu Bubur Lambuk jugak antara menu yang MZ recommend untuk hampa. Wajib try ni tau !
Tidak dilupakan menu dari Timur Tengah yang telah disajikan oleh Arabian Chef Lexis Suites Penang. Untuk section ni, MZ suggest hampa try shawarma. Padu beb ! Ada jugak kabsa ayam, mandi ayam serta beberapa juadah lain.
Jangan lupa jugak untuk mencuba signature main dish diantaranya gulai ayam lemak, Lexis style daging rending, asam pedas ikan tenggiri dan lain-lain. Ada jugak snack jalanan dan pencuci mulut untuk hampa nikmati sambil sembang-sembang.
Jangan risau kerana surau disediakan di tingkat 3, untuk hampa menunaikan yang fardu mahupun yang sunat.
Early bird vouchers jugak boleh didapati pada harga RM60nett untuk dewasa dan kanak-kanak hanya berharga RM48nett apabila hampa membelinya sekarang sehinggalah 20th April dengan menggunakan QR code dan promo code LSPRAMADHAN1.
Tapi, kalau hampa terlupa, dan hampa mula membeli pada 21th April sehingga 5th May hampa masih boleh mendapatkan diskaun dengan menggunakan promo code LSPRAMADHAN2 dengan harga RM80nett untuk dewasa dan kanak-kanak hanya berharga RM58nett.
Terdapat jugak lucky draw untuk setiap hari untuk pengungjung bertuah dan setiap voucher Ramadhan yang terjual, RM2 akan didermakan kepada anak yatim. Jadi, disamping mengisi perut kita, dapat jugak kita beramal. Beramal tanpa sedar. Alhamdulillah !
Kalau berminat, hubungi 04-6282888 atau emailkan terus kepada reservations@lexissuitespenang.com / fbc@ lexissuitespenang.com.
2 comments
ya Allah makanan2 dia.. !! i is kenot makanan cemni. nak semua !!
ReplyDeleteCepat booking early bird punya voucher and enjoy it all.. :)
DeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^