SAJIAN TRADISI BUFFET BERSEMPENA DENGAN BULAN RAMADHAN DI THE WEMBLEY, PENANG

9:20 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Entri Ramadhan buffet lagi. Yeah ! Bulan Ramadhan bakal tiba dalam masa beberapa hari saja lagi. Tak sabar rasanya kan ? Apa yang hampa dah siapkan menjelangnya Ramadhan ni ? Jangan cakap la pasal baju raya, kuih raya etc. Maksud MZ, diri hampa sendiri tu. Pacak target dah ka ?

Okeylah ! Kali ni jom kita ke The Wembley (A St Giles Hotel) Penang. Ini bukan kali pertama MZ bercerita pasal The Wembley ni tau. Dah beberapa kali jugak MZ kongsikan keistimewaan The Wembley ni.

Tahun ni, sajian berbuka puasa The Wembley bertemakan Sajian Tradisi dan bertempat di Wembley Café. Tahun ini, sajian berbuka puasa di The Wembley agak menarik kerana ia hanya akan disajikan pada hari Isnin sehingga Rabu pada 13th May ~ 15th May, 20th May ~ 22nd May dan 27th May ~ 29th May 2019. Selain daripada itu, Zestful Buffet akan dihidangkan pada harga RM122nett untuk dewasa, RM61nett untuk kanak-kanak dan RM85nett untuk warga emas. Harga ni untuk Buffet Dinner tau.


Untuk Buffet Dinner Sajian Tradisi, harga bermula pada RM100nett untuk dewasa, RM50nett untuk kanak-kanak dan RM80nett untuk warga emas.

Antara menu menarik dan wajib cuba di The Wembley ialah, Sup Ekor Berempah, Ayam Masak Lemak Cili Api, dan Bubur Lambuk Ayam. Selain itu, terdapat jugak menu kegemaran rakyat Malaysia seperti Daging Masak Halia, Sambal Tumis Sotong, Kambing Masak Merah, Sambal Cincaluk Udang Petai dan beberapa menu lain lagi.

















Menu popular akan dikekalkan pada setiap hari, tetapi menu yang lain akan diulang secara harian. Kalau teringin makanan Jepun, ada jugak Salmon Sashimi dan Sushi Rolls. Ada jugak Mee Kari Putih dan Pengat Pisang. Yang ni memang MZ recommend sangat untuk hampa cuba. The Wembley turut menyediakan lunch buffet Lebaran Delights pada hari raya pertama dan kedua pada harga RM72nett untuk dewasa, RM36nett untuk kanak-kanak dan RM51nett untuk warga emas.  Untuk buffet dinner pulak, harga akan bermula pada RM122nett untuk dewasa, RM61nett untuk kanak-kanak dan RM85nett untuk warga emas.

Untuk sebarang tempahan, sila hubungi 04-2598123 atau terus ke Facebook The Wembley.

You Might Also Like

1 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored