RAMADHAN FIESTA DI G HOTEL, PENANG
9:06 AMAssalamualaikum. Holla ~
Entri Ramadhan buffet bersambung.. counting days for Ramadhan.. tak sabar rasanya.. dalam keterujaam itu, ada jugak rasa sedih dilubuk hati MZ. Ibu dan Abah sedang mengerjakan umrah dan bakal berpuasa disana.. kali pertama berpuasa jauh dari Ibu Abah… huuuu.. tolong doakan kesejahteraan, keselamatan, kesihatan Ibu Abah MZ ye… tak sabaq lah tunggu depan balik… huuu..
Habis cerita kat sini. Jom ke hotel pulak !
Hari ni MZ nak ke G-Hotel Gurney Jalan Kelawai. Hotel di berhadapan dengan laut tau… best ! bertemakan Ramadhan Fiesta di G-Hotel, pengunjung boleh memilih intuk berbuka puasa samada di G Hotel Gurney mahupun di G Hotel Kelawai.
Untuk Ramadhan kali ini, Taste Café di G Hotel Kelawai menyediakan menu berbuka dari lauk pauk Melayu sehinggalah ke menu Barat. Menu yang akan berubah (rotation) setiap hari. Pastinya tidak jemu kan kalau menu yang berubah ini.
Menu utama disini ialah Roast dan Grill, yang bagi MZ hampa memang wajib kena cuba tau. Ianya akan disediakan langsung kepada hampa seolah-olah hampa berada di Bazaar Ramadhan. Sebagai menu pembukaan, hampa boleh try pelabagai jenis salad yang disediakan. Terdapat jugak aneka jenis kerabu yang pastinya menambat selera hampa..
Rojak buah adalah salah satu menu wajib cuba disini selain daripada Soto Ayam, Bubur Lambuk, Roasted Duck dan Beef. Ada jugak Whole Roasted Lamb yang buatkan MZ tidur sambil termimpikannya. Sedap baq hang ! Ianya telah diperap semalam dengan rempah ratus Melayu yang sudah pastinya sesuai dengan tekak kita.
Malay Feast Mini Grilled Station jugak adalah salah satu live action stalls, yakni kalau hampa nak, baru ianya disediakan. Terasa macam Bazaar Ramadhan kan ? MZ suka concept sebegini. Antara menu yang disediakan ialah Lamb Chops, Clams, Beef Fillet, Sambal Stringray (nyum nyum) dan jugak Ketam Panggang.
Tidak dilupakan Sotong Goreng Tepung Berempah, Sambal Udang Petai, Lamb Rogan Josh, Daging Dengdeng dan Ketam Berlado. Rasailah keenakan dan kerangupan Ayam Goreng Berempah yang telah diperap sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dan telah digoreng secara deep fried.
Untuk penggemar makanan laut pulak, pihak G-Hotel telah menyediakan Seafood on Ice yang mana barisan Chilled Tiger Prawns, Scallops dan Mussels sedia menantikan kehadiran hampa. Sebagai penutup, jangan dilupa Sagu Gula Melaka, Bubur Kacang Hijau dan Durian Mousse Cake. Haaa… ada jugak menu special iaitu Muay Chee yang diperbuat daripada tepung pulut dan disalut dengan serbuk kacang. Sedap weh ! Pisang Goreng, Keladi Goreng, Puding Kelapa dan Marble Swiss Roll pun kena cuba tau.
Ramadhan Buffet dinner di Taste Café and Sponn ada berlangsung dari 6 May sehinggalah 5 June 2019. Untuk Taste Café harga buffet dinner ialah RM125nett untuk hari Ahad ~ Khamis dan RM160nett untuk hari Jumaat dan Sabtu dengan promosi beli 2 percuma 1. Sementara di Spoon pulak, buffet dinner untuk setiap hari hanya pada harga RM80nett.
G-Hotel turut menyediakan Selamat Hari Raya Feast yang bertempat di Taste Cae dan Spoon pada 5 & 6 June 2019. Buffet lunch di Taste Café berharga RM99nett dan buffet dinner pulak Cuma berharga RM160nett dengan promosi beli 2 percuma 1. Sementara di Spoon pulak, buffet dinner Cuma berharga RM80nett.
Kalau untuk privasi, hampa boleh berbuka puasa di function rooms pada harga RM95nett untuk seorang dan minimum sebanyak 30 orang. Kalau pakej ni, air bandung adalah free flow tau dan tempat untuk solat jugak adalah disediakan khas. Tapi, hanya available sehingga 4 June 2019 sahaja hokey.
Sila kunjungi www.ghotel.com.my atau hubungi 02-2380000 untuk G Hotel Gurney atau 04-2190000 untuk G Hotel Kelwai untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.
pssss... gambaq tidak ber water mark tu credit to Kak Sha naaa....
3 comments
lapar pulak tengok gambar2 ni pagi2 camni.. hehe
ReplyDeletetgk time puasa ni gugat iman betoi... :D
ReplyDeleteIa punya menu tuu, semua sedap² belaka la. Terliur den
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^