A'BLOOM PRODUCT .:. SIRI RANGKAIAN PRODUCT BARU DARI ALTHEA

11:33 PM

Assalamualaikum. Holla ~

Selamat berpuasa semua. Hari ni dah hari keenam belas berpuasa, ada yang masih berpuasa penuh ke tu ? Alhamdulillahhh…. Macam mana persiapan raya ? Baik-baik saja mudah-mudahan…

Entri sembang gegurl muncul kembali dan kali ni MZ nak kongsikan pasal product Althea yang memang menjadi kegemaran MZ. Kini, Althea semakin melebarkan sayapnya dengan menghasilkan produk A’bloom mask yang terdiri daripada 4 jenis mask iaitu Sparkle-Me-Bright, yang bertindak untuk memutihkan, Ac-Me-Peach yang bertindak sebagai anti blemish, Avo-Cuddle-Me yang bertindak untuk nourishing dan Water-Me-Alone yang bertindak untuk melembabkan kulit.


MZ dah cuba A’bloom mask ni sendiri, dan ternyata MZ memang jatuh cinta dengannya. Essence didalam paket tersebut memang banyak, jadi mask nya memang tak kering. Mengambil masa yang lama untuk ianya kering pada muka kita.






Mask yang mempunyai essence yang banyak ni, baguih tau dak. Baguihnya sebab banyak khasiatnya mengikut fungsi masing-masing. Jadi, banyaklah jugak khasiat yang dapat diserap oleh kulit kita. Macam Water-Me-Alone tu kan, selepas menggunakannya, memang kulit wajah MZ terasa lembutnya. Begitu jugak dengan A’bloom mask yang lain-lain. Namun, dengan sekali penggunaan masih belum nampak kesan pemutihan, mahupun nourishing dan anti blemish tu. Confirm MZ akan repeat lagi untuk membeli A’bloom mask ni. Tak nak dah brand lain ! Ewahh !

 




Selain itu, A’bloom jugak mengeluarkan product BHA Blackhead Blaster. Yang ini pun MZ recommend untuk hampa yang memang ada masalah dengan blackhead. Walaupun ia hitam tidak sehitam bontot kuali, tetapi kesannya bukanlah biase-biase. Dengan sekali penggunaan, MZ nampak blackhead MZ ada kurang, kulit rasa lebih bersih dan lembut selepas dicuci.

Impressive ! Itu yang MZ dapat gambarkan. Ini yang membuatkan MZ rasa ingin sentiasa menggunakannya. Tapi, setiap penggunaan product haruslah ada limit nya. Bukan apa, takut habis awal tapi tak sempat nak restock BHA Blackhead Blaster.

Jangan risau, walaupun BHA Blackhead Blaster ni hitam, ianya tidak mempunyai bau-bauan yang kurang enak ye. Jadi, hampa pun seolah-olah lupa akan kehadirannya di wajah hampa. Didatangkan dalam bentuk stick, memang mudah dipakai dan dibawa kemana-mana. Tak gaduh dah nak belengaih tangan-tangan. Kannnn….








A’bloom turut menghasilkan meringue puff yang didatangkan dalam dua size, yakni giant meringue puf dan baby meringue puff. Comel gila bentuknya, terutamanya baby meringue puff yang sesuai digunakan kawwasan sekitar mata. Bersifat spongy dan senang digunakan. Boleh digunakan dalam keadaan lembab mahupun kering. A must try product from A’bloom. Senang dibaaw kemana-mana, terutamanya baby meringue puff kerana saiznya yang comel. Baby meringue puff ni boleh jugak digunakan pada wajah, tapi lambat sikitlah, nak-nak luas permukaan wajah itu semakin melebar… kui kui kui

 






Cerita, cerita dah… jadi, tunggu apa lagi… jom try product Althea A’bloom ni. Dapatkan di Althea Korea naaa….













You Might Also Like

3 comments

  1. comel dan segak semuanyaaa! lagi lagi yang meringue puff tuuu ish geram nak picit picit hahaha. blackhead product tu macam best :D

    ReplyDelete
  2. dah lama tertarik dengan althea ni..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored