PRODUK TERBARU DARI DUTCH LADY, DUTCH LADY +PROTIEN
10:01 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Kalau hampa perasan, Dutch Lady telah mengeluarkan 1 produk
terbarunya yakni Dutch Lady +Protien. Perasan tak ? Iklan dia selalu jugak dok ‘main’
kat TV. Ka hampa sejenis yang tak tengok TV, atau, sejenis yang bila iklan
saja, terus tukaq siaran ? Ahaks ! Okey ! MZ megaku, MZ pun suka tukar siaran
bila mana iklan mula memunculkan wajah. Tapi, kadang dating malasnya jugak,
jadi MZ biarkan saja iklan bermain di kaca TV.
Memandangkan badan MZ sangat memerlukan kalsium, jadi MZ
sentiasa akan membeli susu untuk diminum secara harian. Bisanya, MZ akan minum
2 kali sehari, pagi (sebelum ke kerja) dan petang atau malam. Semoga bdan MZ
dapat menyerap segala kalsium yang ada dan dapat mengekalkan kesihatan tulang
MZ.
Biasanya MZ akan membeli susu dari jenama Dutch Lady, tapi
ada kalanya MZ membeli jugak susu dari jenama lain. Dan biasanya MZ membeli
susu Full Cream dari Dutch Lady. Dulu, bebajet nak kurus, MZ selalu membeli
Dutch Lady dengan perisa Rendah Lemak. Pada mulanya, ianya memang tak sesedap
susu Full Cream, tapi makin lama, makin serasi pulak susu Rendah Lemak ni
dengan MZ. Since that, MZ memang beli susu Rendah Lemak je sebagai susu kotak
pilihan.
Tapi, recently MZ membeli
kotak susu Rendah Lemak Dutch Lady, dan segalanya berubah. Susu Rendah
Lemak tidak lagi sesedap dulu ditekak MZ. Mungkin sebab MZ dah lama tidak
megambil susu Rendah Lemak itu sebagai menu harian MZ, atau memang tekak MZ
yang agak memilih ketika ini. Pada MZ, keenam-enam susu Rendah Lemak tersebut
tidak digemari oleh tekak MZ. So, no more susu Rendah Lemak for me after this.
Akan terpandangkan susu baru Dutch Lady tersebut, MZ terus
rasa ingin mencuba… maka, belilah di pasaraya berhampiran. Harga sekotak 250ml
lebih kurang RM6.50. Yelah, dengan tambahan protein, harga pun mesti bertambah
jugak sedikit kan. Ahaks !
Dutch Lady +Protien ni konsep packaging dia sama dengan
konsep packaging susu Dutch Lady yang lain dimana, penutupnya mempunyai
kepingan aluminium. Jadi, untuk pertama kali hampa membuka penutupnya, kepingan
aluminium tersebut jugak akan terbukak. Senang kan ?
Setelah berjaya menghabiskan sekotak Dutch Lady +Protien ni,
apa yang MZ rasa ialah… Dutch Lady +Protien rasa seperti susu Ducth Lady Fresh
Milk tapi.. tapi.. tapi.. ada sedikit penambahan rasa yang MZ tak dapat nak
ungkapkan. Tidak sesedap sus Full Cream, tapi masih boleh diterima oleh tekak.
Dengan tambahan protein, susu ni agak mengenyangkan bagi MZ.
Kalau hampa, yang kekurangan protein, suka minum susu, atau memang hampa wajib
kena minum susu dan hampa peminat susu segar, lepas ni bolehlah consider Dutch
Lady +Protien sebagai salah satu menu diet harian hampa. Susu kan baik untuk
tulang, bahkan Dutch Lady +Protien ni mengandungi lebih protein. Badan kita
memerlukan protein dan kalsium yang semuanya terkandung didalam Dutch Lady
+Protien.
Apa lagi, grab your now ! kalau sedap, boleh repeat angkut
masuk peti ais hampa.. hikss
0 comments
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^