101 RESEPI PENUH TRADISI TOK WAN DI VISTANA HOTEL, PENANG
11:46 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Dari satu hotel ke satu hotel yang lain. Kali ni kita ke
Vistana Hotel di Bukit Jambul pulak.Dengan bertemakan 101 Resepi Penuh Tradisi
Tok Wan, hampa boleh nikmati juadah berbuka puasa turun temurun di sepanjang
bulan Ramadhan yang bermula dari 6 Mei sehingga 3 Jun 2019.
Kalau hampa tempeh sekarang sehingga 10 Mei, hampa akan
dapat harga istimewaw dari RM75nett untuk dewasa dan RM30nett untuk kanak-kanak
(4-12 tahun).
Tok Wan menjanjikan pelbagai menu menarik antaranya aneka kerabu,
ulam-ulaman serta aneka jenis sambal seperti sambal belacan, cencaluk,
tempoyak, budu dan sambal nenas. Ada jugak sup kambing yang memang menjadi
pujaan hati ramai para pengunjung di Hotel Vistana ni.
Antara menu utama Tok Wan ialah Ayam Masak Merah Anak Mami,
Ayam Goreng Ala Mamak Style, Masak Lemak Daging Serai, Ikan Pari Bakar ala
Portugis, Gulai Daging Kawah, Sambal Sotong Maharani, Paru Goreng Berlada dan
Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Padi.
Tidak dilupakan menu wajib cuba di Hotel Vistana Penang
iaitu Kambing Panggang, Satay, Asam Laksa dan Koay Teow Goreng.
Sebagai pencuci mulut pulak banyak menu kuih tradisional
Melayu disediakan antaranya kuih talam keladi, onde-onde, kuih bingka ubi,
cucur badak dan kuih seri muka. Ais krim Malaysia jugak turut disediakan.
Yummeh !
Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan sila ke www.vistanahotels.com atau hubungi
Vistana Penang Bukit Jambul di 046468000 atau WhatsApp ke 0186880010.
3 comments
sedap sedap nampak semua menu tu..
ReplyDeletekebanyakkan menu di Hotel Vistana ni memang sedap sis Awa
Deletesedap2 menu :)
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^