RAMADHAN BUFET DINNER DI HOTEL ROYAL PENANG
9:45 AM
Assalamualaikum. Holla ~
Mohon jangan marah haaa.. entri bersambung dengan menu berbuka puasa di Hotel Royal di Jalan Larut. Hotel Royal memang semestinya menjadi pilihan mereka yang menggemari masakan Melayu sebagai juadah berbuka puasa.
Bukan nak tipu laaa... tapi, kebanyakkan juadah yang disediakan di Hotel Royal ni, memang kenalah dengan tekak Melayu. Ada diantara juadahnya ini rasa seakan-akan air tangan MZ. Alahai ! Time makan tu, terasa macam makan dirumah.
Antara menu wajib try bagi MZ, nasi briyani dengan dalca kambing, kambing bakar dengan sos lada hitam, mee kari, rendang kerutup, bubur lambuk, ekor masak ros dan jangan lupa udang masak petai yang mengancam tu.
Voucher untuk early bird cuma berharga RM68. Dan selepas itu, harga voucher akan menjadi RM78nett untuk dewasa, RM58 untuk warga emas dan RM48 untuk kanak-kanak. Kalau hampa book sekarang, dengan setiap pembelian 10 voucher untuk orang dewasa, hampa akan dapat 1 voucher lagi secara percuma. Menarikkan ? Mana nak dapat...
Buffet Ramadhan ini akan bermula dari 9 May ~ 2 June 2019 dan pada jam 7 pm ~ 9.30 pm. Jadi, hampa akan mendapat masa yang cukup untuk menikmati keenakkan juadah di Hotel Royal Penang ini.
Buffet Ramadhan ini akan bermula dari 9 May ~ 2 June 2019 dan pada jam 7 pm ~ 9.30 pm. Jadi, hampa akan mendapat masa yang cukup untuk menikmati keenakkan juadah di Hotel Royal Penang ini.
Jom tengok antara juadah yang dihidangkan di Hotel Royal....
Ni pulak antara juadah yang sempat MZ santap. Mee kari tu paling teringat-ingat disamping briyani yang kebabom itu.
Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, sila hubungi 04-2267888 sambungan 318 atau terus ke laman sesaang Hotel Royal Penang di www.hotelroyalpenang.com
0 comments
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^